Assalamualaikum..
perghh,lama gila tak ushar blog aku ni..takda masa nak melayan sebab lately aku busy sikit..so,no wonder la..huhu..
Ramadhan Kareem..
Alhamdulillah,masih diberi peluang untuk bertemu dengan ramadhan kali ini..
kejap je masa berlalu..rasanya macam baru je sambut puasa dengan ahli keluarga yang tercinta..
Eh,tahun ni sambut ngan keluarga jugak tapi tak semuanya yang ada..kak long kat kedah,abangah kat perak,achik kat selayang..masing-masing pun busy..ermm..by the way,Abgngah aku baru je bertolak untuk laksanakan misi seterusnya di perairan TURKI..semoga selamat sampai dan balik angah!..
pejam celik,pejam celik,hari ni dah masuk hari ketujuh umat islam berpuasa..tengok tak,kejapnya masa berlalu..sampai tak sedar dah seminggu berpuasa..
Sebenarnya aku taknak cakap banyak sebab aku ada banyak kerja nak buat ni...haha
apepun aku nak ucapkan SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK pada semua umat islam di bumi..mudah-mudahan ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya..jom kita sama-sama kejar malam lailatul Qadr yang hanya ada pada bulan yang mulia ini..banyakkan doa dibulan keampunan ni..sama-sama juga kita berlumba untuk mencari keredhaan Allah...semoga ramadhan kali memberi 1001 keberkatan pada kita semua...Selamat menjalani ibadah puasa dengan sempurna...
P/s :syaitan takda,semua kena rantai...heaven!!
Ramadhan kareem...
5:02 PM |
Read User's Comments(0)
.:. Sabarlah Wahai Hati .:.
9:41 AM |
Aku lahir ke atas dunia ini dengan izinMu...
Lahirku saat Nabi dan Rasul sudah tiada..
Para tabi' dan tabi'in juga telah meninggalkanku..
Zaman ku adalah zaman pemerintahan Islam tidak lagi berkuasa...
Aku terbit di tengah masyarakat Islam...
Namun Islam tiada lagi dalam hati dan hidup mereka...
Namun, aku bersyukur kerana masih ada lagi yang mahu melihat Islam bersinar semula...
Aku kuatkan azam untuk menyertai mereka...
Cuba sedaya upaya menggerakkan generasiku yang telah lumpuh ini...
Generasi seusiaku yang sakit....
Lalai dengan hiburan dan asyik memuaskan nafsu....
Sibuk dengan cinta yang penuh noda....
Aku takut aku lemah untuk membimbing mereka kerana aku juga tidak sempurna....
Namun aku sedar bahawa tugas besar ini adalah wajib dan tidak memerlukan insan sempurna..
Kerana tiada manusia yang terlepas dari dosa...
Dan tugasku adalah berusaha...
Gagal, jatuh, dicela, tak diterima itu perkara biasa..
Aku terus berdoa agar ditetapkan hati...
Bukan nilaian harta yang aku cari...
Bukan juga kerana nama ingin dikenal sebagai insan yang baik dan mulia...
Cukupla REDHA-MU sebagai harga...
Bantulah hamba Mu ini...
Sedarkanlah semula aku dan generasiku Ya Rabb...
Bangunkanlah semula umat ini....
Aku yakin Islam pasti akan kembali dan aku tidak akan berhenti..
~ Marilah sahabat2 kita menTARBIYAHkan DIRI kita....dan juga menTARBIYAHkan SAUDARA2 disekeliling kita ~
" Katakanlah inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan yakin, Maha Suci Allah dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik "
Surah Yusuf : ayat 108
^_^ PEACE ^_^
..::RAPUH::..
5:14 AM |
Hari demi hari berlalu
detik demi detik menghilang
masa sudah lama meninggalkan aku
namun aku leka sehingga terlupa masa belalu begitu sahaja
ya Allah,aku menyesal akan kelalaian itu..
sehingga kini perjalananku dipentas dunia sentiasa bersulamkan tangisan dan ketawa..
namun sudah lumrah dunia akan perkara itu
ku anggap tangisanku satu pengajaran,manakala ketawaku satu kesyukuran..
AllahuRabbi...
kadang-kadang hati ini rasa sayu
kadang-kadang duka menghimpit jiwa
aku sedar hatiku masih mencari-cari kasihMU
Allahu..Allahu..
hanya kepadaMU tempatku mengadu
aku insan lemah
penuh dengan dosa..
aku insan hina
hanya kepadaMU tempat aku meminta keampunan
ENGKAU lah sebaik-baik tempat meminta..
"meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMU
namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMU"
Allahu Rabbi..
maafkanlah aku
maafkan hatiku bilamana ia tidak sempurna mencintaiMU
padahal aku sentiasa berharap hanya ENGKAUlah yang sentiasa ada dalam hatiku..
ya Rahman..
maafkanlah aku hambaMU yang sering terleka dengan drama dunia ini..
aku sentiasa berharap akan petunjukMU
berharap akan amaran-amaranMU
aku juga sentiasa berharap ENGKAU sentiasa melindungi aku dari segala fitnah dan kejahatan..
kerana aku sedar imanku masih RAPUH..
Astaghfirullahal adzim..
kadang-kadang aku terlalu mengejar cinta manusia sehingga terlupa akan cinta kepadaMU..
hinanya aku ya Allah..
kadang-kadang aku terlalu fikirkan dunia sehingga lupa akan akhiratMu yang kekal abadi
begitu alpanya aku ya Allah sehingga sanggup memberi hatiku pada benda yang tidak kekal..
terimalah maafku yaAllah
hanya denganMU aku tenang...
akan ku pimpin hatiku mencari redhaMU..
"maafkanlah,bila hati tak sempurna mencintaiMU
dalam dada ku harap hanya diriMU yang bertakhta"
Allahu..Allahu..
kan ku sentiasa mengejar cintaMU
izinkan aku memiliki cintaMU yang abadi itu..
biarlah aku mati nanti dalam iman.. +_+
"detik waktu terus berlalu..
semua berakhir padaMU.."
p/s : semoga Allah sentiasa memimpin hatiku,memberi taufiq dan hidayah padaku agar aku terus-terusan mencintaiNYA
Allahumma amin...
(sedikit petikan diambil dari lirik lagu rapuh nyanyian opick..yg len tu men taram sendiri =P )
..::Aku bukan Untukmu::..
11:09 PM |
salam..
Lately mood aku asyik nak berjiwang2 je..ntahla..sejak menganggur balik and takde komitmen ngan someone tuh,mak aku da label aku sebagai ARTIS..(.artis bilik air actually)..huhu...and since beberapa hari ni aku macam takde semangat je..thats why la aku sengaja nak memekak..saje nak hiburkan hati sendiri..mak aku asyik kata "macam ayam berak kapur" je kat aku..huhu..padahal aku tau,dalam hati die mesti cakap "sedap gak suara anak aku ni..mcm suara nora danish)..waqaqa...bla..blaa...
Tadi mak aku ade cakap.. "kak chik(ziana) tanya semalam,nape ngan adik?pastu mak cakap la..frust menonggeng..." waqaqaaqa..mandai je mak..padahal aku takde pape pun..(frust ngan sape pun tak tahu la..ngan fizo omar barangkali)..aku hepi je..aku just pikir BILA AKU NAK DAPAT KEJE KAT HOSPITAL je ni haaa..huhu...tetibe mak kata "akak ko cakap,nanti adik akan kawen ngan orang yang adik benci gilerr...(tetibe..sesuke hati je meneka akak aku ni)..pastu mak aku sambung lagi(yang ni kuar topik lak) "orang,kalau betul2 sayang takdenye tiba2 nak tinggal2 ni..pasni alert!" LOL..aku gelak2 je.ape kene ngan mereka?hehe...padahal jauh disudut hatiku sedih tahap dewa19...(marah kang artis seberang kalau tau ni..errr,maaf deh kakak2 dewa19)
ishk..ishk..ishk..ape yang aku melalut kat atas tu..fiuuhhh~
err..kenapa?agak2 kenapa ngan tajuk entri aku kali ni??haa..actually tu tajuk lagu kak Rossa(sejak bila tah mak aku lahirkan dia)..saja je..tu lah,lately aku asyik nyanyi lagu tu je...kadang2 aku tukar la lagu nasyid ke,dangdut arab ke..hihi..tu pon setelah mak aku kata "hah!!memekak la!" hahah..(mak aku lagi)..kadang2 aku terus nyanyi lagu law kana bainana..ni lagu peberet mak aku..and sah2 dye senyap..hihi..ayah aku?ayah aku sibuk ngan kitab die kat bilik..sebab tu tak dengar sangat die marah aku..kalau tak..heee...
sengaja aku post entri ni ngan tajuk lagu kak Rossa..tetibe mood aku asyik nak nyanyi lagu ni sekarang..siapa2 yang mood dia tidak stabil masa ni,ayuh kita nyanyi sama-sama(skema giler ayat aku..err,WhatEver!)..kat bawah ni ak tinggalkan lirik lagu "aku bukan untukmu"..sambil2 usha blog aku,boleh la bawak2 menyanyi jap..lepas tension orang kata..lagi2 untuk adik2 and kakak2 yang baru putus cinta..huhu...
-Aku Bukan Untukmu-
Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku
haa..jiwang kan?huhu..sekali-sekala jiwang ngan diri sendiri pe salahnya..takyah nak serius sangat..kedut 10ribu muka tu kang..hee..
lagu ni ku tujukan khas untuk "si kawan" yang still ade dalam otak aku..wohooo.. =D ok la,next time aku try update blog aku ngan tajuk lain plak..da 2hari pasal cinta2 ngan manusia..tak syok plak orang tengok nanti..huhu..maassalamah.. uhibbukum fillah..
p/s : lately kalau boleh aku elakkan sangat dengar lagu romance band(ku ingin kamu),republik (hanya ingin kau tahu) and ade beberapa lagu lagi..ntoh lerr...hanya aku dan si "kawan" je yang tahu..wuhuu....kbye!
..::Aku Sedar..Maafkan Aku::..
1:25 PM |
Aku sedar..
banyak kekurangan dalam diri ini
maafkan aku atas kekurangan ini
tiada manusia yang dilahirkan tanpa kekurangan
Aku sedar..
aku belum layak untuk mencintai
namun,jauh disudut hatiku,aku juga ingin seperti yang lain
yang boleh mencintai dan dicintai
aku ada perasaan itu..
Aku sedar..
aku belum layak mencintaimu setulus hatiku
keputusan yang aku ambil dulu kerana percayakanmu
aku ingin membuktikan yang kekecewaan semalam tidak akan berulang
namun,segalanya telah terbukti
sampai bila akan begini juga aku tidak tahu..
aku sedar..
perasaan yang lahir itu datangnya dari Allah
tidak aku buka hatiku untukmu melainkan DIA yang hadirkan perasaan cinta itu..
aku ingin mencintai di mana pada akhirnya kita disatukan dengan ijab dan Qabul..
namun semua tu hanyalah angan-angan bersamamu..
kini,aku baru tersedar..
aku tak mahu sekadar memenuhi perasaan itu sedangkan aku belum yakin ianya ketentuan Tuhan
kerana aku tahu SAKITNYA MENCINTAI TAPI DIKHIANATI..
maafkan aku..
sungguhpun hati ini sangat ingin mencintai seperti ibuku mencintai ayahku
namun kekuatan dan keteguhan cinta yang dijanjikan belum pasti terjamin..
aku sedar..
kecewa adalah guru..
maafkan aku yang tidak tahu untuk mencintai dengan sempurna
biarla takdir Allah yang menentukan segalanya
aku sedar..
jatuh cinta bukan syarat mutlak untuk bernikah
jatuh cinta juga belum tentu berakhir dengan pernikahan..
aku redha atas ketentuanNYA..
Allahurabbi...
kehidupan perlu diteruskan walau tanpa cinta seorang lelaki
cinta seorang yang belum pasti mencintai diri ini seadanya
kehidupan takkan mati tanpa cintanya
"janji Allah adalah benar"
jodoh seseorang telah ditetapkannya..
yang indah itu sementara..
"sepotang ayat,sebaris kata belum cukup membuktikan yang seseorang itu mencintai kita..
segunung emas,selautan perak belum cukup membuktikan kesetiaannya..
tapi,DENGAN CINCIN DIJARI DAN LAFAZ NIKAH DARI SUAMI SUDAH CUKUP MEMBUKTIKAN CINTA SEJATI"
Semoga Allah ubati kekecewaan dengan bahagia yang akan hadir di kemudiannya :) |
Ya Allah,
bilamana aku masih mengingati seseorang yang belum pasti milikku
maka,KAU bantulah aku untuk melupakannya
kenangan-kenangan kami yang lalu KAU hapuskanlah dari mindaku
KAU biarkanlah aku jauh darinya kerana aku yakin dia juga pasti ingin menjarakkan dirinya jauh dariku
ku berharap agar KAU mengikatku untuk terus setia dengan kasihMU
aku mohon,
hilangkanlah bayangan dia dari mindaku ini ya ALLAH
payungilah aku dengan rahmatMU
perindahkanlah lisanku ini untuk terus berzikir menyebut asma'MU
agar aku sentiasa selamat dengan cintaMU..
amin ya RABB..
semua tinggal kenangan
cc : Ibnu Alawi.. :'/
..::hikmah kenapa kita ditemukan dengan orang yang salah::..
2:11 AM |
tiba-tiba aku tergerak hati nak post tentang ni...kenapa?marahkah aku?menyesal ke aku?tidak..tidak sama sekali..aku tidak marah,tidak menyesal sebab aku yakin Allah tu Maha Adil..Allah tu tahu apa yang DIA rancangkan..Allah pengatur yang baik..sebaik-baik pengatur adalah Yang Khaliq..
semua orang ada perasaan cinta tak terkecuali aku kerana cinta itu fitrah..
meskipun pernah dikecewakan,namun aku tahu semua tu ada hikmah..
cuma bila dah sedih,aku tertekan..
bila dah tertekan,semua pun tak dapat fikir dengan baik..
walaupun aku tahu semua yang berlaku ada hikmah tersembunyi..
teringat pertanyaan aku pada kawan aku satu ketika dahulu time aku masih belajar lagi..
"Kenapa aku jumpa dia?kenapa?kalau aku tak jumpa dia mesti takkan kecewa sampai macam ni.. aduhai..kenapalah Tuhan uji aku macam ni?"
then kawan aku jawab ..
"sebab Allah sayang kau.."
dalam hati aku pun mengiakan je..sebab nak sedapkan hati kononnya..
padahal dalam masa yang sama hati aku macam nak tercabut je..
sedih..hancur sangat-sangat..
sampailah satu hari ni kawan baik aku bagi aku satu kertas warna hijau dengan ayat-ayat yang cukup menginsafkan aku..sangat menyentuh perasaan..rasa menyesal pulak kenapa aku tidak dapat sabar menerima ujian Allah yang tidak seberapa tu..ujian cinta..
Allah...hinanya aku..
aku sangat membuang masa dengan cinta yang sia-sia
mencintai seseorang yang cuma tahu mempermainkan hati oarang
mencintai seseorang yang "alim-alim kucing"
mencintai seseorang yang hipokrit!
mencintai seseorang yang hanya pandai bermain kata-kata
mencintai seseorang yang tidak tahu menghargai seorang perempuan..
Allah...ampunkan aku..
Astaghfirullah..
sampai sekarang aku masih simpan kertas hijau yang kawan baik aku,abie (http://aimuniiman.blogspot.com/) bagi..
bagi aku,walaupun hanya sehelai kertas A4 yang biasa tapi dengan ayat-ayat yang ada tu membuatkan aku tahu betapa Allah tu sentiasa menguji hati hambaNYA berserta hikmah tersendiri..
Alhamdulillah,kini ku sedar betapa Allah sayangkan aku.. =)
Syukran lillah kerana beri kesedaran di awal kisah sebelum terlambat..
kawan aku kata dia ambil ayat-ayat ni kat internet..
tak kisah la kat mana pun,bagi aku ayat tu cukup menarik
ayat tu patut dikongsi oleh siapa-siapa sahaja
ayat yang berguna
ayat yang bermanfaat
ayat yang cukup menyentuh..
kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah??
1. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…
6. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
p/s :setiap pertemuan,mesti ada perpisahan..Allah dah aturkan yang terbaik buat kita..
setiap yang Allah aturkan mempunyai
hikmah tersendiri...dengan ujianNYA,sepatutnya kita bersyukur kerana
Allah masih mengambil berat tentang kita..Allah mahu kita
sedar sebelum terlambat..jaga diri,hiasi amal..pesanan untuk diri sendiri.. =)
..::Tentang Ayah::..
1:46 PM |
tanpa dia,tiadalah aku .. |
Jika ditanya siapa orang yang aku cintai selepas ibuku..maka jawapannya adalah AYAH..
Jika ditanya siapa yang selalu hantar aku ke sekolah dulu..maka jawapannya adalah AYAH..
jika ditanya siapa orang pertama yang mengajar aku mengenali "alif ba ta" maka jawapannya adalah AYAH..
jika ditanya siapa yang selalu menemani aku mengambil kad laporan sewaktu di sekolah dulu,maka jawapannya adalah AYAH..
jika ditanya siapa yang selalu memberikan aku semangat selain ibuku,maka jawapannya adalah AYAH..
jika ditanya siapa yang selalu ada disisiku ketika sakit selain ibuku,maka jawapannya adalah AYAH..
jika ditanya siapa yang selalu mengingatkan aku tentang solat,maka jawapannya adalah AYAH..
saat aku sedih,ayah sentiasa disisi
saat ayah sedih,dia pendamkan dalam hati
saat aku meminta sesuatu,ayah tak pernah hampakan
namun saat ayah meminta sesuatu,ada saja alasan
kalau ditanya tentang pengorbanan seorang ayah,rasanya ntah sampai bila akan habis aku taip..
begitulah tanggungjawab seorang ayah yang rela berkorban apa sahaja demi keluarga tercinta..besar sungguh pengorbanan ayah pada kita..sampai tak terhitung..
namun kadang-kadang kita sebagai anak sering melupakan pengorbanan ayah sendiri..
bila dah berjaya lupa untuk berterima kasih pada ayah
bila dah bekerjaya lupa pada ayah..
bila dah kahwin jarang-jarang menjenguk ayah
bila ayah sakit,kadang-kadang buat tak endah
lebih pentingkan kerja dari ayah..
(tak semua yang lupa)
kalau la hati itu boleh dipinjam,ingin saja aku pinjam hati ayah sedang dia diam.
apalah agaknya yang dia rasakan..
bahagiakah,atau sedihkah dia??
kadang-kadang aku teringin jadi seperti ayah
aku selalu berdoa pada Allah agar aku selalu sabar dan tabah
cabaran hidup memang payah
namun ayah dapat harungi dengan tabah..
sebab itu aku selalu ingin menjadi seperti ayah
walaupun badan ayah tidak segagah ayah orang lain
tapi bagi aku ayah akulah hero kami sekeluarga
yang setiap hari membanting tulang
mencari sesuap nasi untuk kami semua..
walaupun ayah seorang yang pendiam,namun dalam diamnya dia sentiasa memikirkan perihal anak-anaknya..
ayah tak pernah melupakan buah tangan untuk anaknya setiap hari..
walaupun buah tangan ayah tiada harga ,namun bagi aku itulah buah tangan yang paling bernilai dari segalanya..ye,nasihat!NASIHAT ayah..nasihat yang tak boleh dijual dan dibeli...
kemana pergi akan kuingat sentiasa..
walaupun kadang-kadang aku membantah apa yang ayah nasihatkan..
maafkan aku ayah..
Allah,ampunkanlah dosa ayahku
sihatkanlah tubuh badannya
selimutkan dia dengan kemuliaanMU
peluklah dia dalam lindunganMU
berilah balasan dan ganjaran pahala yang terbaik untuk ayah atas segala pengorbanannya
peliharalah ayah sebagaimana dia memeliharaku sejak dari kecil..
Allah,terima kasih atas rezeki yang KAU berikan pada ayah
dengan rezekiMU ayah dapat melaksanakan tanggungjawabnya
dengan memberi nafkah pada keluarga..
terima kasih ya Allah...
terima kasih atas segalanya.. =')
doa untuk ibu-bapa =) |
p/s :jangan hairan jika tidak nampak cinta seorang ayah pada kita
sebab kadang-kadang dia memang tak pandai nak tunjukkan
=)
.::R.I.N.D.U::..
3:19 PM |
Rindu...
hari ini,rindu itu menyapa buat kesekian kali
semakin kuusir pergi dari diri ini
semakin dekat di dalam hati
malah hatiku dengan rindu itu terlalu sebati
sungguh,tiada daya untuk aku menghalau ia pergi lagi...
ketika rindu itu datang tadi
aku hanya mampu berdoa pada Illahi
agar hatiku mampu diubati
kerana penyakit rindu yang boleh melalaikan diri
semoga rinduku pada dia tidak melebihi rinduku pada RABBI..
terkadang,bila rindu berlabuh
sengaja aku menyibukkan diriku
kononnya ingin membuang perasaan itu jauh-jauh
kerana rindu,hati memberontak ingin bertemu
namun apakan dayaku..
Allah menjarakkan kita tentu dengan hikmah
maka bertahanlah hati melawan rindu itu..
Rindu datang silih berganti
sekejap dia hadir,tak lama kemudian dia pergi
semua itu ujian Illahi
tanda menguji keimanan diri..
tidak kusalahkan rindu yang datang tanpa dipelawa
kerana tiada siapa yang mampu menduga..
kuanggap ia sebagai pengorbanan sementara
andai jodoh ditakdirkan bersama
pasti bersatu atas kehendakNYA
bukan di alam maya,tapi di alam nyata..
Allah,andai rinduku ini melalaikan,
bantulah aku untuk melupainya
andai KAU membenarkan aku merinduinya
janganlah kau biarkan rindu ini berlebihan
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya padaMU ya Allah...
p/s :takda manusia yang lepas dari perasaan rindu(eh,yeke)..
tak kesahla..yang penting hati aku memang
merindukan seseorang...jauh dimata xpe..insyaAllah dekat
dihati..(ayat diatas cuma luahan hati..bukan puisi ke ape ke.
.BM aku xdela bgs mne..xreti aku nak berpuisi bagai =P )
..::Menyambut kepulangan::..
4:48 PM |
Assalamualaikum..
Firstly,salam jumuaah mubarakah..selawat dan salam atas Rasul junjungan,Muhammad s.a.w..mudah-mudahan hari ini Allah menurunkan rahmat yang ke atas kita semua..Allahumma amin :)
sebenarnya dari hari tu aku nak update blog tapi tak update2 pun..aku pun tak tau apa yang busy sangat..hehe..nak dijadikan cerita,jumaat lepas aku ngan parents aku pergi perak..pergi bukan suka-suka..kami pergi nak menyambut kepulangan abang aku yang baru balik dari operasi di perairan tengah lautan ADEN yang terletak di lautan hindi,antara selatan yaman dan somalia di afrika(sebelum ni aku ingat dia pi somalia beperang..rupanya pi tempat lain..ni pun aku tau setelah aku baca sijil penganugerahan dia tu..ehehee.. =D)
hari sabtu,pagi-pagi lagi dah keluar..semangat betul..lebih-lebih lagi kakak ipar aku ngan anak dia yang no.2,Aiman..mungkin tak sabar menanti zauj(suami) dan abi(bapa) yang dah lama tak jumpa.. :) sangat mengharukan..tapi best!dapat jalan kaki dari parking sampai jeti sambil diberi penghormatan oleh askar-askar kat sana..haha..nasib baik tak ada yang pengsan..oh ya,tak lupa kegembiraan terpancar pada muka kedua orang tuaku..anak kesayangan akhirnya selamat pulang ke tanah air..Alhamdulillah..semua ni berkat doa mereka..
dengan iringan muzik pasukan khas pancaragam,para mujahid yang baru balik dari operasi termasuk abang aku akhirnya turun dari kapal..penghormatan dibuat oleh laksamana mereka..sebenarnya yang paling menarik minat aku untuk tengok,orang yang conduct pancaragam tu..relax je dia dok mengarah,hayun-hayunkan kayu tu..tangan kat murid dia,kepala dok pusing kanan,pusing kiri..serius..kagum betul aku dengan kerja dia..hehehe..
selesai penganugerahan sijil,tejadilah babak "jejak kasih" anak beranak..kemain meleret senyuman kakak ipar ngan bapak aku...senyum sampai telinga...bahagia agaknya..mak aku je yang nampak cool..padahal dalam hatinya mungkin tak henti-henti panjatkan rasa syukur pada Allah atas keselamatan anaknya..begitulah rutin mak setiap kali melihat anak-anaknya..mak,kenduri kesyukuran jangan lupa..ekekeke..i love u mak!tiba-tiba anak buah aku c aiman yang kakinya sakit kena kaca,tiba-tiba elok pulak..daripada jalan henjut sana,henjut sini,terus jalan seperti biasa...luar biasa penawarnya..bahkan penawarnya cuma terlerai kerinduannya pada seorang bapa..
habis je "jejak kasih" kami dijamu dengan makanan..selesai makan,abang aku bawak kami naik atas kapal..aku yang paling jakun aku rasa..maklumlah memang jakun..hahah..ye,ni 1st time aku naik kapal laut..tiba-tiba aku rasa macam nak tukar profession la pulak..tapi memang tak layak la kan..huhu...bila la dapat peluang tu lagi..dan tiba-tiba aku teringat soalan kawan aku satu ketika dulu.."kalau ada askar nak kat kau(tak kira la navy ka,darat ka udara ka),kau nak tak?"..huhu..tak tau,tak tau..kalau boleh aku nak cikgu(tetiba)..aku tak setabah,sesabar dan sekuat kakak ipar aku yang selalu ditinggalkan oleh abang aku..wanita hebat!para isteri navy semua hebat!hee..tapi,kalau dah jodoh nak wat cam mana?ekekeke =D
ok la..dah tak da apa yang nak diceritakan..setakat nak cerita aku jumpa kawan sebilik abang aku yang sorang tu pilot dan sorang lagi navy tu,aku rasa tak payah kot..macam tak ada kena mengena je..hehehe...kat bawah ni gambar kenangan yang sempat diambil semasa majlis tu... =)
Firstly,salam jumuaah mubarakah..selawat dan salam atas Rasul junjungan,Muhammad s.a.w..mudah-mudahan hari ini Allah menurunkan rahmat yang ke atas kita semua..Allahumma amin :)
sebenarnya dari hari tu aku nak update blog tapi tak update2 pun..aku pun tak tau apa yang busy sangat..hehe..nak dijadikan cerita,jumaat lepas aku ngan parents aku pergi perak..pergi bukan suka-suka..kami pergi nak menyambut kepulangan abang aku yang baru balik dari operasi di perairan tengah lautan ADEN yang terletak di lautan hindi,antara selatan yaman dan somalia di afrika(sebelum ni aku ingat dia pi somalia beperang..rupanya pi tempat lain..ni pun aku tau setelah aku baca sijil penganugerahan dia tu..ehehee.. =D)
hari sabtu,pagi-pagi lagi dah keluar..semangat betul..lebih-lebih lagi kakak ipar aku ngan anak dia yang no.2,Aiman..mungkin tak sabar menanti zauj(suami) dan abi(bapa) yang dah lama tak jumpa.. :) sangat mengharukan..tapi best!dapat jalan kaki dari parking sampai jeti sambil diberi penghormatan oleh askar-askar kat sana..haha..nasib baik tak ada yang pengsan..oh ya,tak lupa kegembiraan terpancar pada muka kedua orang tuaku..anak kesayangan akhirnya selamat pulang ke tanah air..Alhamdulillah..semua ni berkat doa mereka..
apelah yang mak tgh fikirkan tu :) |
dengan iringan muzik pasukan khas pancaragam,para mujahid yang baru balik dari operasi termasuk abang aku akhirnya turun dari kapal..penghormatan dibuat oleh laksamana mereka..sebenarnya yang paling menarik minat aku untuk tengok,orang yang conduct pancaragam tu..relax je dia dok mengarah,hayun-hayunkan kayu tu..tangan kat murid dia,kepala dok pusing kanan,pusing kiri..serius..kagum betul aku dengan kerja dia..hehehe..
selesai penganugerahan sijil,tejadilah babak "jejak kasih" anak beranak..kemain meleret senyuman kakak ipar ngan bapak aku...senyum sampai telinga...bahagia agaknya..mak aku je yang nampak cool..padahal dalam hatinya mungkin tak henti-henti panjatkan rasa syukur pada Allah atas keselamatan anaknya..begitulah rutin mak setiap kali melihat anak-anaknya..mak,kenduri kesyukuran jangan lupa..ekekeke..i love u mak!tiba-tiba anak buah aku c aiman yang kakinya sakit kena kaca,tiba-tiba elok pulak..daripada jalan henjut sana,henjut sini,terus jalan seperti biasa...luar biasa penawarnya..bahkan penawarnya cuma terlerai kerinduannya pada seorang bapa..
habis je "jejak kasih" kami dijamu dengan makanan..selesai makan,abang aku bawak kami naik atas kapal..aku yang paling jakun aku rasa..maklumlah memang jakun..hahah..ye,ni 1st time aku naik kapal laut..tiba-tiba aku rasa macam nak tukar profession la pulak..tapi memang tak layak la kan..huhu...bila la dapat peluang tu lagi..dan tiba-tiba aku teringat soalan kawan aku satu ketika dulu.."kalau ada askar nak kat kau(tak kira la navy ka,darat ka udara ka),kau nak tak?"..huhu..tak tau,tak tau..kalau boleh aku nak cikgu(tetiba)..aku tak setabah,sesabar dan sekuat kakak ipar aku yang selalu ditinggalkan oleh abang aku..wanita hebat!para isteri navy semua hebat!hee..tapi,kalau dah jodoh nak wat cam mana?ekekeke =D
ok la..dah tak da apa yang nak diceritakan..setakat nak cerita aku jumpa kawan sebilik abang aku yang sorang tu pilot dan sorang lagi navy tu,aku rasa tak payah kot..macam tak ada kena mengena je..hehehe...kat bawah ni gambar kenangan yang sempat diambil semasa majlis tu... =)
kawad nak gi terima sijil |
selepas terima sijil |
terpancar kegembiraan kakak ipar aku melalui senyuman dia =) |
aku,parents,abang ngan anak2nya =)
di depan kapal no5..namanya bunga emas kalau tak silap |
aku di atas kapal...waaa...best! |
haaa..ni la aiman yang tiba-tiba sembuh after jumpa bapak dia =P |
..::Sahaja Aku MencintaiMU::..
5:58 AM |
Assalamualaikum..
Jam da menunjukkan pukul 5 lebih..(tym post da nak kul 6 da pon..huhu) tak tahu la kenapa susah sangat aku nak tido hari ni.sebenarnya dah tidur kejap tadi tapi terjaga sebab ada masalah pengaliran hidung yang kurang baik hari ni..
takpelah,dah nak masuk subuh da pun..
alang-alang kan..
sambil-sambil tu sempat la update blog..
Dalam jaga aku mengimbau kenangan-kenangan lalu..
indahh..
aku tersenyum sorang-sorang..
dari zaman kanak-kanak,ke zaman remaja sampailah sekarang da awal dewasa..
eh,yeke??macam tak nak mengaku rasanya..
tapi harus terima hakikat
harus ke?wajib lah!
tak lama lagi da nak masuk 22tahun..
cepatnya masa berlalu..
sejak tadi aku tak tidur ditemani satu lagu ni
berulang-ulang kali aku dengar..
tajuk lagu ni sahaja aku mencintai-MU
Lagu yang dinyanyikan oleh ustaz amal dan kumpulan du'a
sengaja aku letak tajuk lagu ni jadi tajuk entri aku kali ni
sebab ni antara lagu fevret aku.. =)
Maybe ramai yang tak kenal dengan kumpulan ni tapi cuba dengar lagu dia ni
InsyaAllah bermanfaat..
Ni aku sertakan video ngan lirik sekali..
pakat-pakat la dengar..
memang terbaek bak kata anak sedara aku.. =)
Ku cinta padaMU lebih dari segala-gala
mampukah ku pertahankan cita ini
dalam mengabdikan diri kepadaMU..
Andai ada kata yang lebih baik dari ucapan tarima kasih
pastikan kan ku ucap setulus hati
tanda cintaku padaMU..
Lailahaillallah..Allahu Rabbi
Lailahaillallah..Allahu Akhbar
Andai ada hadiah yang lebih baik dari melodi syukurku
semestinya ku persembahkan padaMU
tanda cintaku padaMU..
Hasbi Rabbi Jallallah
Ma fi Qalbi Ghairullah
Nur Muhammad Sallallah..
Setiap hela nafas
setiap gerak tangan
setiap degup jantung
setiap derap kaki
takkan pernah bermakna tanpa CINTA-MU..
ya Allah...
..::Jangan Bersedih..Jodohmu Pasti Ada::..
3:38 PM |
"Segala sesuatu aku(Allah) ciptakan berpasang-pasangan" |
Janganlah kau merasa sedih andai cintamu bertepuk sebelah tangan
janganlah rasa hampa atau kecewa andai orang kau kau cintai tidak mencintaimu
Hapus kesedihan itu pergi dari dalam dirimu..
Tidak salah mencintai seseorang kerana cinta itu fitrah
tidak salah juga kau memilih seseorang yang terbaik buat dirimu
kerana itu untuk masa depan yang terjamin kelak
Walau ramai yang mencemuh akan sikap seseorang yang "pemilih"
Hapuslah segala kesedihan itu..
ingatlah selalu yang Allah sudah tetapkan jodoh buat kita..
Janganlah bersedih andai dirimu masih belum berpunya sebaliknya bersyukurlah..
bersyukurlah kerana Allah masih sayang denganmu..
kenapa?kerana DIA mahu menjaga hatimu daripada disakiti kerana terluka akan cinta manusia..
Ingatlah,
Allah itu Maha Adil
Andai tiada jodohmu di dunia,
akan ada seseorang yang menunggumu di akhirat..
kerana Allah sudah aturkan setiap manusia itu ada pasangannya.. :)
p/s :Mungkin juga Allah memberimu peluang untuk bercinta selepas nikah
yakni cinta itulah yang sangat digalakkan..cinta yang halal lagi suci :)
..::kejamnya engkau!!::..
5:22 PM |
mesti tertanya-tanya kenapa tetiba je aku post entri kali ni dengan tajuk kat atas tu kan?
sebabnya aku marah sangat-sangat..
siapa yang kejam sebenarnya?
yang kejam lagi zalim tu adalah Bashar Asad..
sape mamat tu??
dia tu anak kepada Hafez Asad..
nama dia sedap didengar kan?
tapi tau tak sapa tu?
sebenarnya dialah siKEJAM sejak rejim ini memerintah syiria..
manusia ini memang zalim..
dia berpolitik ala firaun seperti mencuri harta rakyat,memenjarakan rakyat mereka,
mereka membunuh para ulama',melakukan pembunuhan beramai-ramai,
mereka merogol dan mencabul kehormatan wanita,
dan yang aku paling tak boleh terima bila dia menindas orang tua dan membunuh kanak-kanak.
kanak-kanak yang tak berdosa menjadi mangsa si perosak negara yang tidak punya hati itu!.
anak kecil yang tidak tahu apa-apa akhirnya mati dek kerana tiada sifat keperimanusiaan si manusia durjana itu!!
lihatlah gambar anak kecil di bawah ini..dia tidak sepatutnya menjadi mangsa pada si zalim rejim Bashar itu!!dia manusia yang tidak punya hati perasaan!!
Anak kecil ini menjadi mangsa pisau sembelihan tentera bashar..
Innalillahi wainnailaihi roji'un..
sungguh,tidak dapat aku tahan air mataku melihatkan gambar anak kecil yang tidak berdosa ini..
sungguh,aku tidak boleh menatap wajah ini.
hati ku sedih melihat dia dalam keadaan begini..
hati siapa yang tidak sedih melihat anak seusia begini mati dibunuh dengan kejam?
ya,,memang aku belum mempunyai anak lagi.
tapi bagi manusia yang masih punya hati dan perasaan akan merasa simpati atas nasib anak kecil ini.
kalau diberi peluang,aku juga ingin menentang kezaliman itu.
aku juga ingin berjuang.
aku merindukan syahid.
aku ingin menjadi syuhada.
syuhada yang mati kerana mempertahankan agama Allah.
namun apa yang boleh aku lakukan,
aku hanya mampu berdoa.
aku hanya mampu menyuruh orang lain mendoakan keselamatan dan kesejahteraan
saudara-saudara seislam yang berada di bumi sana..
Allah..Allahuakhbar..aku merayu padaMU..
selamatkanlah saudara-saudaraku di syiria..
bantulah para mujahid yang menentang kezaliman itu ya Allah..
hancurkan si zalim dan tentera-tenteranya itu!!
Hasbunallah wani'mal wakil |
p/s :sedikit info aku tahu melalui wordpress (perkongsian revolusi syria oleh dr.Khaled Hasan Hindawi)
walau apapun,sama-samalah kita mendoakan semoga Allah melindungi rakyat syiria,para mujahiddin yang berjuang dan semoga Allah
menghancurkan rejim bashar itu..
Subscribe to:
Posts (Atom)