"Segala sesuatu aku(Allah) ciptakan berpasang-pasangan" |
Janganlah kau merasa sedih andai cintamu bertepuk sebelah tangan
janganlah rasa hampa atau kecewa andai orang kau kau cintai tidak mencintaimu
Hapus kesedihan itu pergi dari dalam dirimu..
Tidak salah mencintai seseorang kerana cinta itu fitrah
tidak salah juga kau memilih seseorang yang terbaik buat dirimu
kerana itu untuk masa depan yang terjamin kelak
Walau ramai yang mencemuh akan sikap seseorang yang "pemilih"
Hapuslah segala kesedihan itu..
ingatlah selalu yang Allah sudah tetapkan jodoh buat kita..
Janganlah bersedih andai dirimu masih belum berpunya sebaliknya bersyukurlah..
bersyukurlah kerana Allah masih sayang denganmu..
kenapa?kerana DIA mahu menjaga hatimu daripada disakiti kerana terluka akan cinta manusia..
Ingatlah,
Allah itu Maha Adil
Andai tiada jodohmu di dunia,
akan ada seseorang yang menunggumu di akhirat..
kerana Allah sudah aturkan setiap manusia itu ada pasangannya.. :)
p/s :Mungkin juga Allah memberimu peluang untuk bercinta selepas nikah
yakni cinta itulah yang sangat digalakkan..cinta yang halal lagi suci :)
0 comments:
Post a Comment