Aku sedar..
banyak kekurangan dalam diri ini
maafkan aku atas kekurangan ini
tiada manusia yang dilahirkan tanpa kekurangan
Aku sedar..
aku belum layak untuk mencintai
namun,jauh disudut hatiku,aku juga ingin seperti yang lain
yang boleh mencintai dan dicintai
aku ada perasaan itu..
Aku sedar..
aku belum layak mencintaimu setulus hatiku
keputusan yang aku ambil dulu kerana percayakanmu
aku ingin membuktikan yang kekecewaan semalam tidak akan berulang
namun,segalanya telah terbukti
sampai bila akan begini juga aku tidak tahu..
aku sedar..
perasaan yang lahir itu datangnya dari Allah
tidak aku buka hatiku untukmu melainkan DIA yang hadirkan perasaan cinta itu..
aku ingin mencintai di mana pada akhirnya kita disatukan dengan ijab dan Qabul..
namun semua tu hanyalah angan-angan bersamamu..
kini,aku baru tersedar..
aku tak mahu sekadar memenuhi perasaan itu sedangkan aku belum yakin ianya ketentuan Tuhan
kerana aku tahu SAKITNYA MENCINTAI TAPI DIKHIANATI..
maafkan aku..
sungguhpun hati ini sangat ingin mencintai seperti ibuku mencintai ayahku
namun kekuatan dan keteguhan cinta yang dijanjikan belum pasti terjamin..
aku sedar..
kecewa adalah guru..
maafkan aku yang tidak tahu untuk mencintai dengan sempurna
biarla takdir Allah yang menentukan segalanya
aku sedar..
jatuh cinta bukan syarat mutlak untuk bernikah
jatuh cinta juga belum tentu berakhir dengan pernikahan..
aku redha atas ketentuanNYA..
Allahurabbi...
kehidupan perlu diteruskan walau tanpa cinta seorang lelaki
cinta seorang yang belum pasti mencintai diri ini seadanya
kehidupan takkan mati tanpa cintanya
"janji Allah adalah benar"
jodoh seseorang telah ditetapkannya..
yang indah itu sementara..
"sepotang ayat,sebaris kata belum cukup membuktikan yang seseorang itu mencintai kita..
segunung emas,selautan perak belum cukup membuktikan kesetiaannya..
tapi,DENGAN CINCIN DIJARI DAN LAFAZ NIKAH DARI SUAMI SUDAH CUKUP MEMBUKTIKAN CINTA SEJATI"
Semoga Allah ubati kekecewaan dengan bahagia yang akan hadir di kemudiannya :) |
Ya Allah,
bilamana aku masih mengingati seseorang yang belum pasti milikku
maka,KAU bantulah aku untuk melupakannya
kenangan-kenangan kami yang lalu KAU hapuskanlah dari mindaku
KAU biarkanlah aku jauh darinya kerana aku yakin dia juga pasti ingin menjarakkan dirinya jauh dariku
ku berharap agar KAU mengikatku untuk terus setia dengan kasihMU
aku mohon,
hilangkanlah bayangan dia dari mindaku ini ya ALLAH
payungilah aku dengan rahmatMU
perindahkanlah lisanku ini untuk terus berzikir menyebut asma'MU
agar aku sentiasa selamat dengan cintaMU..
amin ya RABB..
semua tinggal kenangan
cc : Ibnu Alawi.. :'/
3 comments:
aku sedih tgok ko mcm ni... jgn sedih2 lg... klau ko sedih aku yg sedih.. xpe ana, pershabatan ko,aq ngan ain lbh kuat dari cinta ko tu. ko tak rugi ape2 sebab kitorg ade dengan ko... always...
percaye lah yang allah nak berikan kepade mu yang lebih baik... dari yang pernak kau miliki dulu........ percaye lah!!!!!
sesungguhnye rahsia allah itu terlalu susah untuk dimengerti...... percaye
lah setiap kajadian de hikmah yang kite tak ketlah sesungguhnye allah nak berikan sesuatu atau seseorang yang lebih beik dari yang pernah kau miliki dahulu....ahui.....
Post a Comment