RSS

..::KongSilaH ILmUmu::..

Assalamualaikum..


Entri baru kali ni sedikit formal(tapi xdala formal mana pun..ayat cincai jugak..macam rojak pasembuq) berkenaan dengan ilmu..


Ilmu tu penting pada setiap manusia..tak kira la sama ada ilmu dunia mahupun akhirat.
ilmu ni kita perlu cari walau di mana kita berada..


Bila kita mempunyai sedikit ilmu,tak yah la nak meninggi diri..macamla ilmu tu milik kita..ilmu tu milik 
yang KHALIQ..kalau boleh kongsilah ilmu yang baik,yang kita miliki walaupun sedikit..itu menjadi kewajipan kita..


Rasulullah pernah kata : "sampaikanlah dariku(yakni ilmu) walaupun hanya satu ayat"-HR Bukhari..                  


Masyarakat sangat menghormati dan memerlukan orang yang berilmu.Dengan ilmu masaraakat dapat dibangunkan dan sesebuah negara dapat ditegakkan.Tamadun yang hebat jugak bermula dari orang yang berilmu..


Dalam surah al-Mujadalah ayat 58 Allah berfirman "..nescaya Allah akan meninggikan orang yang beriman antaranya dan orang yang DIBERI ILMU PENGETAHUAN beberapa darjat"


Sebab ni lah islam sangat menghargai ilmu dan golongan ilmuan sesuai dengan firman Allah di atas..
Islam mewajibkan umatnya untuk menuntut ilmu kerana kedudukan ilmu ini sangat tinggi..


so,kita sebagai manusia kenalah bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu..bersungguh-sungguh ni boleh dikira jugak sebagai berjihad..untung kan?dengan ilmu kita boleh membentuk masyarakat ke arah yang lebih baik..InsyaAllah..


Rasulullah pernah pesan supaya umatnya tidak
kedekut untuk menyebarkan ilmu mereka ..Baginda berkata "orang yang kedekut ilmu yang jika ditanya mengenai sesuatu tapi dia menyembunyikannya maka pada hari kiamat mulutnya nanti akan diikat seperti kekangan di mulut kuda dengan kekangan daripada api neraka.."-HR Abu Daud dan At-Tirmizi


Nauzubillah..mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan itu..


Jadi ape lagi..Kongsilah ilmu yang berguna pada orang ramai..tak ada sedikit kerugian pun yang kita akan dapat..aku masih teringat pesan cikgu aku masa sekolah rendah lagi..cikgu kata "jangan kedekut ilmu..nanti tak berkat..kalau kita rajin kongsi ilmu yang kita ada pada kawan2,InsyaAllah ilmu kita semakin bertambah..malah semakin kuat ingatan kita pada ilmu yang kita ada tu"






p/s : sekadar mengingatkan..mana yang tak kedekut tu,baguslah..mana yang kedekut pulak
       bawak2lah berubah...semoga apa yang kita perolehi diberkati..Amin. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..::wAhaI AdaM::..

wahai Adam..


Wahai insan yg bergelar Adam..

Andainya satu hari nanti Allah mentakdirkan kita bersama melayari bahtera kehidupan,
janganlah engkau mimpikan sebesar alam kedahanan,
jangan kau igaukan kasih yang mengunung 
dan janganlah kau harapkan kesempurnaan yang mutlak dari diriku ini..



Wahai Adam,

Terimalah hakikat bahawa aku bukan isteri rasullulah 
mahupun anaknda tercinta beliau iaitu SITI FATIMAH..
bukan juga RABIATUL ADAWIYAH wanita sufi yang terpuji..
juga aku tidak setaraf SITI MARIAM,MASHITAH,ASIAH atau SUMAYYAH..


Aku hanya wanita biasa yang masih haus dengan bimbingan



Wahai Adam,

mengertilah tentang keislaman..
aku hanyalah wanita akhir zaman
 yang masih cuba mempertahankan maruah dan kesucian diri 
sebagai muslimah berlandaskan garisanNYA 
dalam mengharungi dunia masa kini yang penuh tipu daya..



Wahai Adam,

Demi Allah semata-mata..
aku tidak minta darimu melainkan sebuah pengertian dan kasih sayang yg suci
 bahawa aku adalah amanat untuk dirimu sekiranya TAKDIR CINTA Allah menetapkan kita bersama...



wahai Adam,

Andai kau menerima aku sebagai Hawa pelengkap rusuk kirimu,
ku berharap engkau menerima baik burukku
ku berharap engkau membimbingku
ku harap engkau menerimaku sedanya
serta menerima keluargaku seadanya..


paling penting
ku berharap engkau dapat melengkapi hidupku.. =)




p/s :semoga Allah menghadirkanku insan yang dapat menerimaku seadanya..
       kuharap dipertemukan dgn insan yg kuat pegangan agama
       walaupun bukan dikalangan ustaz supaya dapat membimbing aku yg masih jahil ni..
       Allahumma Amin..
       indahnyaaa..........hehehehe.



Andai jodoh menemukan kita,ku harapkan kita saling melengkapi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS