RSS

..::Menyambut kepulangan::..

Assalamualaikum..


Firstly,salam jumuaah mubarakah..selawat dan salam atas Rasul junjungan,Muhammad s.a.w..mudah-mudahan hari ini Allah menurunkan rahmat yang ke atas kita semua..Allahumma amin :)


sebenarnya dari hari tu aku nak update blog tapi tak update2 pun..aku pun tak tau apa yang busy sangat..hehe..nak dijadikan cerita,jumaat lepas aku ngan parents aku pergi perak..pergi bukan suka-suka..kami pergi nak menyambut kepulangan abang aku yang baru balik dari operasi di perairan tengah lautan ADEN yang terletak di lautan hindi,antara selatan yaman dan somalia di afrika(sebelum ni aku ingat dia pi somalia beperang..rupanya pi tempat lain..ni pun aku tau setelah aku baca sijil penganugerahan dia tu..ehehee.. =D)


hari sabtu,pagi-pagi lagi dah keluar..semangat betul..lebih-lebih lagi kakak ipar aku ngan anak dia yang no.2,Aiman..mungkin tak sabar menanti zauj(suami) dan abi(bapa) yang dah lama tak jumpa.. :) sangat mengharukan..tapi best!dapat jalan kaki dari parking sampai jeti sambil diberi penghormatan oleh askar-askar kat sana..haha..nasib baik tak ada yang pengsan..oh ya,tak lupa kegembiraan terpancar pada muka kedua orang tuaku..anak kesayangan akhirnya selamat pulang ke tanah air..Alhamdulillah..semua ni berkat doa mereka..


apelah yang mak tgh fikirkan tu :)

dengan iringan muzik pasukan khas pancaragam,para mujahid yang baru balik dari operasi termasuk abang aku akhirnya turun dari kapal..penghormatan dibuat oleh laksamana mereka..sebenarnya yang paling menarik minat aku untuk tengok,orang yang conduct pancaragam tu..relax je dia dok mengarah,hayun-hayunkan kayu tu..tangan kat murid dia,kepala dok pusing kanan,pusing kiri..serius..kagum betul aku dengan kerja dia..hehehe..


selesai penganugerahan sijil,tejadilah babak "jejak kasih" anak beranak..kemain meleret senyuman kakak ipar ngan bapak aku...senyum sampai telinga...bahagia agaknya..mak aku je yang nampak cool..padahal dalam hatinya mungkin tak henti-henti panjatkan rasa syukur pada Allah atas keselamatan anaknya..begitulah rutin mak setiap kali melihat anak-anaknya..mak,kenduri kesyukuran jangan lupa..ekekeke..i love u mak!tiba-tiba anak buah aku c aiman yang kakinya sakit kena kaca,tiba-tiba elok pulak..daripada jalan henjut sana,henjut sini,terus jalan seperti biasa...luar biasa penawarnya..bahkan penawarnya cuma terlerai kerinduannya pada seorang bapa..


habis je "jejak kasih" kami dijamu dengan makanan..selesai makan,abang aku bawak kami naik atas kapal..aku yang paling jakun aku rasa..maklumlah memang jakun..hahah..ye,ni 1st time aku naik kapal laut..tiba-tiba aku rasa macam nak tukar profession la pulak..tapi memang tak layak la kan..huhu...bila la dapat peluang tu lagi..dan tiba-tiba aku teringat soalan kawan aku satu ketika dulu.."kalau ada askar nak kat kau(tak kira la navy ka,darat ka udara ka),kau nak tak?"..huhu..tak tau,tak tau..kalau boleh aku nak cikgu(tetiba)..aku tak setabah,sesabar dan sekuat kakak ipar aku yang selalu ditinggalkan oleh abang aku..wanita hebat!para isteri navy semua hebat!hee..tapi,kalau dah jodoh nak wat cam mana?ekekeke =D


ok la..dah tak da apa yang nak diceritakan..setakat nak cerita aku jumpa kawan sebilik abang aku yang sorang tu pilot dan sorang lagi navy tu,aku rasa tak payah kot..macam tak ada kena mengena je..hehehe...kat bawah ni gambar kenangan yang sempat diambil semasa majlis tu... =)






kawad nak gi terima sijil


selepas terima sijil



terpancar kegembiraan kakak ipar aku melalui senyuman dia =)



aku,parents,abang ngan anak2nya =)




di depan kapal no5..namanya bunga emas kalau tak silap






aku di atas kapal...waaa...best!





haaa..ni la aiman yang tiba-tiba sembuh after jumpa bapak dia =P










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment