RSS

..::hikmah kenapa kita ditemukan dengan orang yang salah::..





salamualaik..

tiba-tiba aku tergerak hati nak post tentang ni...kenapa?marahkah aku?menyesal ke aku?tidak..tidak sama sekali..aku tidak marah,tidak menyesal sebab aku yakin Allah tu Maha Adil..Allah tu tahu apa yang DIA rancangkan..Allah pengatur yang baik..sebaik-baik pengatur adalah Yang Khaliq..

semua orang ada perasaan cinta tak terkecuali aku kerana cinta itu fitrah..
meskipun pernah dikecewakan,namun aku tahu semua tu ada hikmah..
cuma bila dah sedih,aku tertekan..
bila dah tertekan,semua pun tak dapat fikir dengan baik..
walaupun aku tahu semua yang berlaku ada hikmah tersembunyi..

teringat pertanyaan aku pada kawan aku satu ketika dahulu time aku masih belajar lagi..
"Kenapa aku jumpa dia?kenapa?kalau aku tak jumpa dia mesti takkan kecewa sampai macam ni.. aduhai..kenapalah Tuhan uji aku macam ni?"
then kawan aku jawab ..
"sebab Allah sayang kau.."
dalam hati aku pun mengiakan je..sebab nak sedapkan hati kononnya..
padahal dalam masa yang sama hati aku macam nak tercabut je..
sedih..hancur sangat-sangat..
sampailah satu hari ni kawan baik aku bagi aku satu kertas warna hijau dengan ayat-ayat yang cukup menginsafkan aku..sangat menyentuh perasaan..rasa menyesal pulak kenapa aku tidak dapat sabar menerima ujian Allah yang tidak seberapa tu..ujian cinta..

Allah...hinanya aku..
aku sangat membuang masa dengan cinta yang sia-sia
mencintai seseorang yang cuma tahu mempermainkan hati oarang
mencintai seseorang yang "alim-alim kucing"
mencintai seseorang yang hipokrit!
mencintai seseorang yang hanya pandai bermain kata-kata
mencintai seseorang yang tidak tahu menghargai seorang perempuan..
Allah...ampunkan aku..
Astaghfirullah..



sampai sekarang aku masih simpan kertas hijau yang kawan baik aku,abie (http://aimuniiman.blogspot.com/) bagi..
bagi aku,walaupun hanya sehelai kertas A4 yang biasa tapi dengan ayat-ayat yang ada tu membuatkan aku tahu betapa Allah tu sentiasa menguji hati hambaNYA berserta hikmah tersendiri..
Alhamdulillah,kini ku sedar betapa Allah sayangkan aku.. =)
Syukran lillah kerana beri kesedaran di awal kisah sebelum terlambat..

kawan aku kata dia ambil ayat-ayat ni kat internet..
tak kisah la kat mana pun,bagi aku ayat tu cukup menarik
ayat tu patut dikongsi oleh siapa-siapa sahaja
ayat yang berguna
ayat yang bermanfaat
ayat yang cukup menyentuh..



kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah??


1. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…
6. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.










p/s :setiap pertemuan,mesti ada perpisahan..Allah dah aturkan yang terbaik buat kita.. 
      setiap yang Allah aturkan mempunyai
      hikmah tersendiri...dengan ujianNYA,sepatutnya kita bersyukur kerana 
      Allah masih mengambil berat tentang kita..Allah mahu kita 
      sedar sebelum terlambat..jaga diri,hiasi amal..pesanan untuk diri sendiri.. =)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..::Tentang Ayah::..

tanpa dia,tiadalah aku ..




Jika ditanya siapa orang yang aku cintai selepas ibuku..maka jawapannya adalah AYAH..
Jika ditanya siapa yang selalu hantar aku ke sekolah dulu..maka jawapannya adalah AYAH..
jika ditanya siapa orang pertama yang mengajar aku mengenali "alif ba ta" maka jawapannya adalah AYAH..
jika ditanya siapa yang selalu menemani aku mengambil kad laporan sewaktu di sekolah dulu,maka jawapannya adalah AYAH..
jika ditanya siapa yang selalu memberikan aku semangat selain ibuku,maka jawapannya adalah AYAH..
jika ditanya siapa yang selalu ada disisiku ketika sakit selain ibuku,maka jawapannya adalah AYAH..
jika ditanya siapa yang selalu mengingatkan aku tentang solat,maka jawapannya adalah AYAH..


saat aku sedih,ayah sentiasa disisi
saat ayah sedih,dia pendamkan dalam hati
saat aku meminta sesuatu,ayah tak pernah hampakan 
namun saat ayah meminta sesuatu,ada saja alasan


kalau ditanya tentang pengorbanan seorang ayah,rasanya ntah sampai bila akan habis aku taip..
begitulah tanggungjawab seorang ayah yang rela berkorban apa sahaja demi keluarga tercinta..besar sungguh pengorbanan ayah pada kita..sampai tak terhitung..
namun kadang-kadang kita sebagai anak sering melupakan pengorbanan ayah sendiri..


bila dah berjaya lupa untuk berterima kasih pada ayah
bila dah bekerjaya lupa pada ayah..
bila dah kahwin jarang-jarang menjenguk ayah
bila ayah sakit,kadang-kadang buat tak endah
lebih pentingkan kerja dari ayah..
(tak semua yang lupa)


kalau la hati itu boleh dipinjam,ingin saja aku pinjam hati ayah sedang dia diam.
apalah agaknya yang dia rasakan..
bahagiakah,atau sedihkah dia??


kadang-kadang aku teringin jadi seperti ayah
aku selalu berdoa pada Allah agar aku selalu sabar dan tabah
cabaran hidup memang payah 
namun ayah dapat harungi dengan tabah..
sebab itu aku selalu ingin menjadi seperti ayah
walaupun badan ayah tidak segagah ayah orang lain
tapi bagi aku ayah akulah hero kami sekeluarga
yang setiap hari membanting tulang
mencari sesuap nasi untuk kami semua..


walaupun ayah seorang yang pendiam,namun dalam diamnya dia sentiasa memikirkan perihal anak-anaknya..
ayah tak pernah melupakan buah tangan untuk anaknya setiap hari..
walaupun buah tangan ayah tiada harga ,namun bagi aku itulah buah tangan yang paling bernilai dari segalanya..ye,nasihat!NASIHAT ayah..nasihat yang tak boleh dijual dan dibeli...
kemana pergi akan kuingat sentiasa..
walaupun kadang-kadang aku membantah apa yang ayah nasihatkan..
maafkan aku ayah..


Allah,ampunkanlah dosa ayahku
sihatkanlah tubuh badannya
selimutkan dia dengan kemuliaanMU
peluklah dia dalam lindunganMU
berilah balasan dan ganjaran pahala yang terbaik untuk ayah atas segala pengorbanannya
peliharalah ayah sebagaimana dia memeliharaku sejak dari kecil..
Allah,terima kasih atas rezeki yang KAU berikan pada ayah
dengan rezekiMU ayah dapat melaksanakan tanggungjawabnya
dengan memberi nafkah pada keluarga..
terima kasih  ya Allah...
terima kasih atas segalanya.. =')


doa untuk ibu-bapa =)






p/s :jangan hairan jika tidak nampak cinta seorang ayah pada kita 
      sebab kadang-kadang dia memang tak pandai nak tunjukkan 
      =)



















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.::R.I.N.D.U::..





Rindu...


hari ini,rindu itu menyapa buat kesekian kali
semakin kuusir pergi dari diri ini
semakin dekat di dalam hati
malah hatiku dengan rindu itu terlalu sebati
sungguh,tiada daya untuk aku menghalau ia pergi lagi...


ketika rindu itu datang tadi 
aku hanya mampu berdoa pada Illahi
agar hatiku mampu diubati
kerana penyakit rindu yang boleh melalaikan diri
semoga rinduku pada dia tidak melebihi rinduku pada RABBI..


terkadang,bila rindu berlabuh
sengaja aku menyibukkan diriku
kononnya ingin membuang perasaan itu jauh-jauh
kerana rindu,hati memberontak ingin bertemu
namun apakan dayaku..
Allah menjarakkan kita tentu dengan hikmah
maka bertahanlah hati melawan rindu itu..


Rindu datang silih berganti
sekejap dia hadir,tak lama kemudian dia pergi
semua itu ujian Illahi
tanda menguji keimanan diri..


tidak kusalahkan rindu yang datang tanpa dipelawa
kerana tiada siapa yang mampu menduga..
kuanggap ia sebagai pengorbanan sementara
andai jodoh ditakdirkan bersama
pasti bersatu atas kehendakNYA
bukan di alam maya,tapi di alam nyata..


Allah,andai rinduku ini melalaikan,
bantulah aku untuk melupainya
andai KAU membenarkan aku merinduinya
janganlah kau biarkan rindu ini berlebihan 
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya padaMU ya Allah...








p/s :takda manusia yang lepas dari perasaan rindu(eh,yeke)..
      tak kesahla..yang penting hati aku memang   
      merindukan seseorang...jauh dimata xpe..insyaAllah dekat 
      dihati..(ayat diatas cuma luahan hati..bukan puisi ke ape ke.
     .BM aku xdela bgs mne..xreti aku nak berpuisi bagai =P )

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..::Menyambut kepulangan::..

Assalamualaikum..


Firstly,salam jumuaah mubarakah..selawat dan salam atas Rasul junjungan,Muhammad s.a.w..mudah-mudahan hari ini Allah menurunkan rahmat yang ke atas kita semua..Allahumma amin :)


sebenarnya dari hari tu aku nak update blog tapi tak update2 pun..aku pun tak tau apa yang busy sangat..hehe..nak dijadikan cerita,jumaat lepas aku ngan parents aku pergi perak..pergi bukan suka-suka..kami pergi nak menyambut kepulangan abang aku yang baru balik dari operasi di perairan tengah lautan ADEN yang terletak di lautan hindi,antara selatan yaman dan somalia di afrika(sebelum ni aku ingat dia pi somalia beperang..rupanya pi tempat lain..ni pun aku tau setelah aku baca sijil penganugerahan dia tu..ehehee.. =D)


hari sabtu,pagi-pagi lagi dah keluar..semangat betul..lebih-lebih lagi kakak ipar aku ngan anak dia yang no.2,Aiman..mungkin tak sabar menanti zauj(suami) dan abi(bapa) yang dah lama tak jumpa.. :) sangat mengharukan..tapi best!dapat jalan kaki dari parking sampai jeti sambil diberi penghormatan oleh askar-askar kat sana..haha..nasib baik tak ada yang pengsan..oh ya,tak lupa kegembiraan terpancar pada muka kedua orang tuaku..anak kesayangan akhirnya selamat pulang ke tanah air..Alhamdulillah..semua ni berkat doa mereka..


apelah yang mak tgh fikirkan tu :)

dengan iringan muzik pasukan khas pancaragam,para mujahid yang baru balik dari operasi termasuk abang aku akhirnya turun dari kapal..penghormatan dibuat oleh laksamana mereka..sebenarnya yang paling menarik minat aku untuk tengok,orang yang conduct pancaragam tu..relax je dia dok mengarah,hayun-hayunkan kayu tu..tangan kat murid dia,kepala dok pusing kanan,pusing kiri..serius..kagum betul aku dengan kerja dia..hehehe..


selesai penganugerahan sijil,tejadilah babak "jejak kasih" anak beranak..kemain meleret senyuman kakak ipar ngan bapak aku...senyum sampai telinga...bahagia agaknya..mak aku je yang nampak cool..padahal dalam hatinya mungkin tak henti-henti panjatkan rasa syukur pada Allah atas keselamatan anaknya..begitulah rutin mak setiap kali melihat anak-anaknya..mak,kenduri kesyukuran jangan lupa..ekekeke..i love u mak!tiba-tiba anak buah aku c aiman yang kakinya sakit kena kaca,tiba-tiba elok pulak..daripada jalan henjut sana,henjut sini,terus jalan seperti biasa...luar biasa penawarnya..bahkan penawarnya cuma terlerai kerinduannya pada seorang bapa..


habis je "jejak kasih" kami dijamu dengan makanan..selesai makan,abang aku bawak kami naik atas kapal..aku yang paling jakun aku rasa..maklumlah memang jakun..hahah..ye,ni 1st time aku naik kapal laut..tiba-tiba aku rasa macam nak tukar profession la pulak..tapi memang tak layak la kan..huhu...bila la dapat peluang tu lagi..dan tiba-tiba aku teringat soalan kawan aku satu ketika dulu.."kalau ada askar nak kat kau(tak kira la navy ka,darat ka udara ka),kau nak tak?"..huhu..tak tau,tak tau..kalau boleh aku nak cikgu(tetiba)..aku tak setabah,sesabar dan sekuat kakak ipar aku yang selalu ditinggalkan oleh abang aku..wanita hebat!para isteri navy semua hebat!hee..tapi,kalau dah jodoh nak wat cam mana?ekekeke =D


ok la..dah tak da apa yang nak diceritakan..setakat nak cerita aku jumpa kawan sebilik abang aku yang sorang tu pilot dan sorang lagi navy tu,aku rasa tak payah kot..macam tak ada kena mengena je..hehehe...kat bawah ni gambar kenangan yang sempat diambil semasa majlis tu... =)






kawad nak gi terima sijil


selepas terima sijil



terpancar kegembiraan kakak ipar aku melalui senyuman dia =)



aku,parents,abang ngan anak2nya =)




di depan kapal no5..namanya bunga emas kalau tak silap






aku di atas kapal...waaa...best!





haaa..ni la aiman yang tiba-tiba sembuh after jumpa bapak dia =P










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS