RSS

..::wAhaI AdaM::..

wahai Adam..


Wahai insan yg bergelar Adam..

Andainya satu hari nanti Allah mentakdirkan kita bersama melayari bahtera kehidupan,
janganlah engkau mimpikan sebesar alam kedahanan,
jangan kau igaukan kasih yang mengunung 
dan janganlah kau harapkan kesempurnaan yang mutlak dari diriku ini..



Wahai Adam,

Terimalah hakikat bahawa aku bukan isteri rasullulah 
mahupun anaknda tercinta beliau iaitu SITI FATIMAH..
bukan juga RABIATUL ADAWIYAH wanita sufi yang terpuji..
juga aku tidak setaraf SITI MARIAM,MASHITAH,ASIAH atau SUMAYYAH..


Aku hanya wanita biasa yang masih haus dengan bimbingan



Wahai Adam,

mengertilah tentang keislaman..
aku hanyalah wanita akhir zaman
 yang masih cuba mempertahankan maruah dan kesucian diri 
sebagai muslimah berlandaskan garisanNYA 
dalam mengharungi dunia masa kini yang penuh tipu daya..



Wahai Adam,

Demi Allah semata-mata..
aku tidak minta darimu melainkan sebuah pengertian dan kasih sayang yg suci
 bahawa aku adalah amanat untuk dirimu sekiranya TAKDIR CINTA Allah menetapkan kita bersama...



wahai Adam,

Andai kau menerima aku sebagai Hawa pelengkap rusuk kirimu,
ku berharap engkau menerima baik burukku
ku berharap engkau membimbingku
ku harap engkau menerimaku sedanya
serta menerima keluargaku seadanya..


paling penting
ku berharap engkau dapat melengkapi hidupku.. =)




p/s :semoga Allah menghadirkanku insan yang dapat menerimaku seadanya..
       kuharap dipertemukan dgn insan yg kuat pegangan agama
       walaupun bukan dikalangan ustaz supaya dapat membimbing aku yg masih jahil ni..
       Allahumma Amin..
       indahnyaaa..........hehehehe.



Andai jodoh menemukan kita,ku harapkan kita saling melengkapi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment