RSS

..::hatiKu Merindu::..







Assalamualaikum..


Hari ni terasa rindu sangat kat seseorang..seseorang yang takkan pernah aku jumpe lagi..
rindunye..ntahla,taktau dengan sape aku nak ceritakan,nak luahkan..thats why la aku gi post kat blog..hee..Actually aku rindu kawan aku..Meh aku ceritakan serba sedikit tentang kami..


Kisahnya bermula setelah aku masuk kolej universiti islam di Bangi..Tak payah mention nama penuh pun aku rasa orang dah tau kot..kalau tak tau tu,maknanya kolej aku tak glemer..hihih..ok la ok,kat KUIS la..
Awal perkenalan aku ngan dia bermula semasa kami sama2 dalam akhir semester 1..bezanya aku amik course diploma nursing,dia plak amik diploma dakwah..yang kenalkan kami sebenarnya ade seorang adik tu.adik tu kawan dengan aku dan sebilik dengan kawan aku tu..


kawan aku tu nama dia sedap..tapi kitorang panggil dia Badang..ntahla,kenapa dipanggil begitu..tak pernah pulak aku terfikir nak tanya..yang penting aku selesa kawan ngan dia..itu dah memadai bagi aku..


Dia ni seorang kawan yang sangat baik..seorang yang rajin bagi nasihat(maklumlah,amik kos pun,kos dakwah)..kadang2 terasa diri dia tu macam abang aku pulak..padahal sama umur..erm,mak aku pun kenal dia jugak...=)


Last jumpe dia sebelum pergi praktikal kat Hosp Port Dickson..Jumpa kat tepi masjid je..tu pun tak sempat tegur sebab masing2 kejar masa nak pergi kelas masing2..kitorg sempat men senyum2 je..hmm..


Masa aku praktikal kat PD,aku tak tau kenapa dia rajin sangat call aku,rajin bergurau ngan aku..kadang2 timbul jugak perasaan pelik tu..dia ada jugak cakap nanti lepas aku abis praktikal dia nak datang umah aku(memandangkan mak aku pun kenal dia),dia nak beraya rumah aku,dia nak belikan aku coklat(sebab dia tau aku suke makan bende tu)..hairan kan?sedangkan sebelum2 ni dia jarang nak sembang2 kosong gitu,nak sebut pasal raya jauh sekali..time tu pun raya lama lagi..masa tu awal tahun lagi dia da cakap benda2 tu semua..


sampailah 1 malam tu aku rasa macam ade yang tak kena je..aku susah sangat nak tido..8 orang dalam rumah sewa tu,cuma aku je yang tak tido2 lagi..sedangkan pagi esoknya aku keje shift pagi..seingat aku la,aku tak tido sampai pukul 5 lebih kot..rasenye aku tertido cume satu jam je..then bangun balik siap2 nak pergi Hospital..


Tiba di Hospital aku rase cam tak sedap hati je..rase tachycardia je..buat kerja pun tak betul,siap menggigil2 lagi..dalam hati cuma mampu cakap "ya Allah,tenangkanlah hatiku"...


pukul 7.30am(ingat lagi),tiba2 aku dapat call dari adik angkat aku..3kali dia call aku tak jawab..dia call kali ke4 baru aku tergerak hati nak jawab sebab time tu kerja aku ambil vital sign patient pun da siap..


aku :ya Allah,iyeke?? innalillah..

Serta merta air mataku pun jatuh..padanla aku tak sedap hati rupanya ade something nak berlaku..ya Allah,aku tahu KAU lebih sayangkan dia..sepanjang kerja hari tu,memang tak tenang..


Balik dari kerja aku terus call mak aku..mula2 aku tanya khabar family,tetiba mak aku kata "dik,ade student kolej awk meninggal masuk berita tadi"..sebenarnya mak aku xtau lagi tu badang sampai lah aku bagi tau mak aku "mak..yang meninggal tu badang"..mak aku terdiam tiba2..laaa,mak aku sebak rupenye...dia pun tak sangka badang tu dah pergi wat selama-lamanya..(actually mak aku nangis jugak coz dia tau kawan aku ni kawan yang baik n pandai amik hati orang tua.)


tapi nak buat macam mana? "KULLU NAFSIN ZAAIQATIL MAUT"..setiap manusia pasti akan mati..kita yang hidup ni kena teruskan hidup..walaibagaimanapun,kita juga kena sentiasa ingat tentang kematian..insyaAllah dengan mengingati mati kita dapat hindarkan diri dari leka dengan kelazatan dunia sehingga kita lupa akan alam yang kekal abadi..dalam hadis ada sebut :


Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baqa' dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat.” -HR Ibnu Majah dan Abiddunya


"cukuplah kematian itu sebagai penasihat"-HR Thabrani & Baihaqi




tu je kot aku rasa aku nak ceritakan...serius,aku rindu nasihat dia...semoga Allah tempatkan arwah dikalangan hamba2NYA yang beriman..


Btw,mesti tertanya-tanya nape aku post sekali video lagu menerima kau pergi tu kan??Actually lagu tu banyak kenangan dengan arwah..walaupun dia cuma kawan biasa,tapi dia sangat bermakna buat aku.
Semoga Allah mengampunkan dosa2 sahabatku,badang...Al-Fatihah..


p/s :aku tahu mati tu bila2 masa saja tapi aku tetap lupa =.=

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..::SaKiT iTu KaFFaRah dOsa::..



Bismillah...

ermm..sekarang ni musim rajin update blog ke hape??nape aku semakin rajin mengupdate ni?(rajin ke kaedahnye??)kalau tak,berbulan2 baru nak update.hihihi...ok2,
back to the topic yang sepatutnya aku nak bercerita keyhh..

Actually masuk ni da 3hari aku tak sihat(baru 3hari je pun)..demam,batuk,sesema...sume2 tu la..bak kata orang "package" la..kalau ade demam,mesti sesema nyusul..kalau da sesema ade kahak2 tu,kompem2 la batuk tu akan jadi..ni bukan nk cte sal benda2 yang "disgusting" keyh tapi hakikatnya mcm tu la kan?tak tau la kalau orang len..kalau aku gitu la..huhu..

Nak dijadikan cerita,bila nikmat sihat tu dah ditarik Allah,bila sakit menerpa je mesti ramai yang mengeluh kn?(termasukla aku kekadang..hee)...memang la,sape nak sakit kan?semua pun nak sihat je sepanjang masa..tapi kene ingat.."SAKIT ITU KAFFARAH DOSA"..

KAFFARAH tu maksudnya mcm balasan la..balasan Allah di dunia pada hamba2NYA atas sebab dosa yang dilakukan,..dalam hadis ada sebut :

"tidaklah seseorang muslim yang ditimpa penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan daun2nya(dosa2nya)" -HR Bukhari dan Muslim: 

sakit itu sebenarnya ujian..ujian Allah pada hamba2NYA..sepatutnya kita bersyukur bila didatangi ujian sebegini..bukan mengeluh..bukan berburuk sangka pada yang KHALIQ..

"janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam kerana sesungguhnya dengan penyakit itu Allah akan menghapuskan dosa2 anak cucu Adam sebagaimana tungku api neraka menghilangkan kotoran2 besi"-HR Muslim

Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud: Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s.w.t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat.

Bersyukurla apabila kita diuji..jangan risau dengan ujian Allah kerana "Allah tidak akan menguji seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"-surah Baqarah:286..

itu je kot yang dapat aku terangkan..simple giler kan?tak banyak tapi mudah2han bermanfaat..kita manusia kena saling mengingatkan kan??kata2 tu juga sebenarnya peringatan untuk diriku sendiri..jangan nak mengeluh je..ingat sikit ade hikmah yang akan menyusul..(cewah..class x?class x mak??)huhu..

setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati..so kalau sakit tu gi la jumpe doktor keyh..takut melarat pulak..doktor bagi ubat jangan simpan wat perhiasan kat dalam drawer ubat je(err..ni mcm berlaku kat umah ak je..hehe)makan ubat tu..hihi..

nape ushar2 pic ni??pic ni sekadar hiasan jela.. =)

(Aku ni pandai je dok suruh2 orang makan ubat la,hape la...padahal diri sendiri hampeh!panadol tu kalau tak membazir 3biji before betul2 telan and larut memang tak sah!..huhuhu..makan ubat memang susah..kalau betul2 sakit baru makan...kadang kene paksa,kene marah baru makan...ari tu mak aku siap suh telan ubat ngan pisang lagi tu..hahaha...kelakar2..sumbat ubat dalam pisang then makan...naseb bek la effect ubat tu ade tau..hihih..mak kata "macam mana la nak jadi nurse..suruh orang makan ubat tapi diri sendiri penakut"..haishh =P )

p/s :sy tak suka makan ubat sebab pahit..btw,yang pahit itu la penawar(hakikat)..
     "sakit itu juga sebenarnya nikmat"
      ermm..mudah2an Allah mengampunkan dosa2ku yang lalu =)










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..::AmPuni dOsaKu,Pegangi HAtiku,Redhai aku::..

Ya Allah..

Adakah aku ini benar-benar hamba yang mencintaiNYA??
YA Allah,beribu kali ku ucapkan cinta padaMU
Alih-Alih dosa jugak yang ku lakukan padaMU
Apa harga air mataku??

Aku damba cintaMu ya RAbb
Aku lebih rela KAU butakan mataku
Asalkan KAU tidak butakan hatiku..
Suburkanlah hatiku dalam mencintaiMU dan Rasulku.

Sungguh berat ujian yang KAU berikan ini
RAsa tak sanggup untuk aku pikul
sakit...
pedih..
perih..
letih..
semua ada.

Semua itu mengiringi perjalananku
Aku hina ya Allah!
Aku hamba yang sungguh hina..
Kekuatanku hanyalah padaMU
PAdaMU tempat aku mengadu.


Allah,
Sebenarnya ,aku tak mahu lagi membuat dosa
Alpa dan leka dengan cinta yang tidak kekal ini
ku pohon,KAU lindungilah diriku dan dirinya
Jadikanlah kami hamba yang sentiasa haus merinduiMU ya RAHMAN
Merindui taufiq dan hidayahMU ya MUHAIMIN..
Aku harus menjadikan pengajaran pada diriku yang lepas
Aku harus berubah untuk kebaikan bersama..

Oleh itu..ku mohon padaMU ya RABB..
Iringilah langkahku
Iringilah perjalananku menuju jalan cintaMU
Dakaplah hatiku agar lemas dalam cintaMU..

Adakah cintaku ini suci ya Allah??
Maafkan daku..
Ampunkan segala dosaku..
Aku malu padaMU..
Mampukah aku butai cintaiku ini semua??
Setelah berulang kali aku derhaka padaMU



la tahzan..

Allah,
Aku tahu kau sebaik-baik pengatur
KAU tahu apa yang KAU lakukan.
Aku tahu setiap yang kau berikan ada hikmah yang tersimpan.

TApi ya Allah..
Sungguh ku berharap padaMU..
Rijal yang hadir dalam hidupku hari ini menjadi penyokong buatku.
Andai kata dia yang terbaik buatku,
KAU pegangilah hati kami agar tidak melanggar batas-batasMU..
Semoga dirinya MUJAHID yang soleh,yang boleh membimbingku ke JannahMu.. 

Namun..
Andai dia bukan KAU ciptakan untukku,
Andai dia bukan pemilik tulang rusukku,
Aku redha..
Kerana sesungguhnya hatiku setia pada prinsip hidupku
masih setia pada peganganku
kata-kata yang selalu mak ingatkan padaku
"setiap yang berlaku ada hikmah"
Setiap kejadian Allah sembunyikan hadiah
Hadiah yang sangat berharga
Sungguh,orang yang redha dan sabar atas ujian Allah itu betuah..

=)





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..::HaDiaH bUat yG TerSaYanG::..

Bismillahirrahmanirrahim..


Setelah sekian lama menyepi,akhirnya muncul kembali..hihi..syukran Lillah kerana masih
memberi peluang untuk meng"update" blog yang semakin berhabuk disulami dengan sawang-sawang..
ishq2..


Alhamdulillah,Allah masih mengizinkan saya untuk melihat lagi segala ciptaanNYA,menghayati segala 
kebaikan ciptaanNYA serta mencari hikmah di setiap apa yg diciptakanNYA..
paling penting,Nikmat Allah yang amat bernilai buat saya adalah nikmat melihat kedua ibu-bapa saya
yang masih diberikan kesihatan pada hari ini...suka untuk sy ungkapkan perkataan ini.."syukran Lillah"..skema tak skema belakang cerita ekk.. :)


Allah memang Ar-Rahman..Allah memang Ar-Rahim..kalau tidak,kenapa dia mengahadiahkan
saya seorang ibu yang baik dan ayah yang penyayang..Sangat bersyukur atas Nikmat itu..


"Tiada kata seindah belaian kasih dan sayangmu mak,ayah..
Tanpamu tidak akan hadir aku di dunia ini,
Tampamu tidak ku kenal erti kasih ataupun sayang,
Tanpamu siapalah aku..
Kalianlah sumber inspirasiku,
kalianlah buah hatiku,
kalianlah pendorong semangatku.."


Ya Rabbul Jalal..izinkalah aku membahagiakan mereka selama aku masih lagi bernafas di alam
ciptaanMU ini..
Tanpa mereka tiada erti hidupku,
Mereka adalah orang pertama yang mencorakkan hidupku,
Mereka guru pertama yang mengajarku mengenalMU,mengenal ilmu-ilmuMU serta mengajarku 
melaksanakan segala perintahMU dan menjauhi apa yang dilarang olehMU..


Sehingga kini ak masih kehausan kasih sayang mereka,
Aku masih  dahagakan nasihat dan tunjuk Ajar mereka,
Besar tak bermakna tidak boleh dinasihati,
Besar tak bermakna boleh buat sesuka hati,
Tanpa sokongan mereka siapalah aku hari ini,
Syukran 'Ala kulli hal wa Alhamdulillah..


Dengan izinMu ya Rabb,
dengan sokong padu keluarga terutama makayah,
Akhirnya Aku berjaya menamatkan pembelajaranku..
Diplomaku sudah berakhir setelah 3tahun menempuh banyak cabaran.
InsyAllah,ade rezeki sambung Degree pulak.
Mohon doa daripada semua..


MakAyah,jasamu,budimu,pengorbananmu tidak dapat ku balas
walaupun dengan emas dan permata sekalipun...
Buat saat ini,ini sahaja la yg dapat ku hadiahkan pada kalian..
Mudah-mudahan kegembiraan akn jd milik kita selalu..
Hadiahku Buatmu iNsan yang paling kusayangi,
walaupun hanya segulung Diploma,kutahu hati kalian bangga..
Terima Kasih Atas segalnya...
kalianlah Ratu dan Raja yang akan sentiasa berada dalam hatiku...


Lot of love,
Adik :)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..::ELAKKAN MENYEBUT "KALAU"::..


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:

”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah: Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” (Riwayat Muslim)

Huraian
1. Kekuatan seseorang Muslim itu diukur bukan sahaja dari segi fizikal (tubuh badan) tetapi juga dinilai daripada aspek kekuatan iman. Bahkan itulah yang paling penting.

2. Orang yang sentiasa berwaspada terhadap nikmat kehidupan di dunia tidak akan mudah terjerumus dalam perangkap syaitan. Segala tindakan yang diambil mencerminkan ketaqwaannya kepada Allah dan dia sekali-kali tidak membiarkan kebaikan dan keburukan yang menimpanya sebagai suatu kegembiraan (kemenangan) dan kesedihan semata tetapi percaya bahawa semuanya itu mempunyai hikmah yang tersendiri daripada Allah untuk diambil pengajaran.

3. Ucapan ‘kalau’ tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak redha dengan apa yang telah berlaku. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri. Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya agar bertawakkal (berserah) kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..::12 kelompok manusia dibangkitkan dari kubur;;..

DIRIWAYATKAN bahawa Rasulullah s.a.w. menangis hingga membasahi bajunya ketika ditanya oleh Mu’adz bin Jabbal mengenai maksud firman Allah s.w.t.: “Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala, lalu kamu datang berkelompok-kelompok.”
Apabila ditanya punca baginda bersedih, Rasulullah bersabda: “Engkau bertanya mengenai sesuatu yang dahsyat. Umatku akan dikumpul dan dibangkitkan di hari kiamat dalam 12 kelompok.”
  1. Kelompok pertama akan dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki, lalu terdengar suara Allah:“Mereka ini adalah orang yang ketika didunia dulu senang mengganggu jirannya, maka inilah balasannya dan nerakalah tempat baginya.”
  2. Kelompok kedua pula di bangkitkan dalam keadaan berbentuk babi kerana ketika di dunia golongan ini malas seperti firman Allah: “Celakalah! Mereka yang mengerjakan solat, iaitu lalai dalam solatnya.”
  3. Kelompok ketiga dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan perut membesar seperti gunung, dengan didalamnya penuh ular dan kala jengking kerana ketika di dunia mereka tidak membayar zakat.
  4. Kelompok keempat pula dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga, mereka suka berdusta.
  5. Kelompok kelima pula dalam keadaan lebih buruk daripada bangkai kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang, tetapi tidak takut kepada Allah.
  6. Kelompok keenam akan dibangkitkan dengan keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberikan kesaksian palsu.
  7. Kelompok ketujuh akan dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.
  8. Kelompok kelapan akan dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala tersungkur, sedangkan keduadua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup di dunia golongan ini suka berzina dan mati tanpa sempat bertaubat.
  9. Kelompok kesembilan pula dibangkitkan dari kubur dalam keadaan wajahnya yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya dipenuhi api kerana ketika di dunia dulu mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.
  10. Kelompok kesepuluh dibangkitkan dalam keadaan penuh kusta dan sopak kerana ketika hidup didunia menderhakai kedua orang tuanya.
  11. Kelompok kesebelas akan dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai ke perut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha, perutnya penuh dengan kekotoran kerana ketika hidup di dunia mereka gemar minum arak dan mati sebelum sempat bertaubat.
  12. Bagaimanapun kelompok kedua belas, mereka akan dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan mereka akan melewati sirat (titian) seperti kilat yang menyambar kerana golongan ini ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjamaah. Mereka mati dalam keadaan bertaubat, maka balasannya ialah syurga, pengampunan, rahmat dan nikmat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.::MUHASABAH CINTA::.

Wahai Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... 
Baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya illahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan...
Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ALLAH MEMURAHKAN REZEKIMU JIKA........~

Semua manusia menginginkan Allah S.W.T memurahkan rezeki termasuklah aku sendiri.Sebenarnya banyak benda yang penting untuk kita lakukan supaya Allah memurahkan rezeki kita..bukan hanya menanti sahaja..

cara2 untuk dimurahkan rezeki banyak..diantaranya ialah :

1. berTaqwa
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya DIA akan memberikan jalan keluar baginya. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya,” ( At-Thalaq: 2-3).

2. berTawakkal
Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

3. menunaikan Solat
Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

4. berIstighfar
"Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai" (surah Nuh: 10-12).

“Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah), niscaya Allah menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitannya kelapangan, dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka-sangka,” (HR Ahmad, Abu Dawud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim).

5. Silaturahim
Imam Bukhari meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang senang untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya), hendaklah ia menyambung (tali) silaturahim.”

6. berSedekah
Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Berbuat Kebaikan

"Barangsiapa yang datang dengan (membawa) kebaikan, maka baginya (pahala) yang lebih baik daripada kebaikannya itu; dan barangsiapa yang datang dengan (membawa) kejahatan, maka tidaklah diberi pembalasan kepada orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan itu, melainkan (seimbang) dengan apa yang dahulu mereka kerjakan." ( Al-Qasash:84)

Nabi bersabda: Sesungguhnya Allah tdk akan zalim pd hambanya yg berbuat kebaikan.Dia akan dibalas dengan diberi rezeki di dunia dan akan dibalas dengan pahala di akhirat.(HR. Ahmad)

8. Berdagang
Dan Nabi SAW bersabda: “Berniagalah, kerana sembilan dari sepuluh pintu rezeki itu ada dalam perniagaan” (HR Ahmad)

9. Bangun Pagi
Fatimah (putri Rasulullah) berkata bahwa saat Rasulullah ( S.A.W.) melihatnya masih terlentang di tempat tidurnya di pagi hari, beliau (S.A.W.) mengatakan kepadanya, "Putriku, bangunlah dan saksikanlah kemurahan-hati Tuhanmu, dan janganlah menjadi seperti kebanyakan orang. Allah membahagikan rezeki setiap harinya pada waktu bermula waktu subuh sehingga terbitnya matahari. ( H.R. Al-Baihaqi)

Aisyah juga meceritakan sebuah hadis yang hampir sama maknanya, yang mana Rasulullah (S.A.W.) bersabda, "Bangunlah pagi-pagi untuk mencari rezekimu dan melakukan tugasmu, kerana hal itu membawa berkat dan kejayaan. (H.R. At-Tabarani)

10. Bersyukur
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”. ( Surah Ibrahim:7)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~SOAL-JAWAB~


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki);

Imam Ghazali = "Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?"
Murid 1 = "Orang tua"
Murid 2 = "Guru"
Murid 3 = "Teman"
Murid 4 = "Kaum kerabat"
Imam Ghazali = "semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kta ialah MATI. Sebab itu janji Allah S.W.T bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati" (Surah Ali-Imran :185)

Imam Ghazali = "Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1 = "China"
Murid 2 = "Bulan"
Murid 3 = "Bintang"
Murid 4 = "Matahari"
Imam Ghazali = "semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai denga ajaran Agama"

Imam Ghazali = "Apakah yang paling besar didunia ini?"
Murid 1 = "Gunung"
Murid 2 = "Matahari"
Murid 3 = "Bumi"
Imam Ghazali = "semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-A'raf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka"

Imam Ghazali = "Apakah yang paling berat didunia?"
Murid 1 = "Baja"
Murid 2 = "Besi"
Murid 3 = "Gajah"
Imam Ghazali = "semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali adalah MEMEGANG AMANAH (Surah al-Azab:72. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah"

Imam Ghazali = "Apakah yang paling ringan di dunia ini?"
Murid 1 = "Kapas"
Murid 2 = "Angin"
Murid 3 = "Debu"
Murid 4 = "Daun-daun"
Imam Ghazali = "semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat"

Imam Ghazali = "Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?"
Murid-murid dengan serentak menjawab = "Mata pedang!!!"
Imam Ghazali = "semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri"


"Sampaikanlah walau pun satu ayat"

WALLAHUA'LAM...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ahlan Wasahlan Ramadhan Kareem..

          Lagi beberapa hari tibanya bulan ramadhan yang ditunggu-tunggu...banyak sungguh hikmah berpuasa..Tetibe teringat zaman kanak-kanak dulu..Dulu aku belajar berpuasa pada umur 4tahun..Pada masa tu hanya Tuhan je yang tau betapa letihnya aku..Tapi pada waktu itu aku berbuka puasa pada pukul 12tengahari..dalam erti kata lain "puasa setengah hari"..kalau tak tahan lapar,lebih awal daripada itu.=) Mak dan Ayah kata tak ape,belajar untuk puasa setengah hari dulu..Bila dah bersedia,bila dah larat baru boleh puasa macam mereka..

          Dulu kat kampung aku selalu bertanding-tanding berpuasa bersama sepupu-sepupuku..Pertandingan "sapa paling banyak berpuasa dalam sebulan"...tersenyum sendiri tatkala mengenang kembali peristiwa itu..Masih segar dalam ingatanku sewaktu usiaku menjangkau 6tahun..Aku dah mula Berpuasa penuh..walaupun ada beberapa hari yang tertinggal/ponteng..=) Dahulu,jika aku enggan berpuasa apabila disuruh,hukumannya adalah,tidak boleh berbuka bersama-sama dengan orang yang berpuasa..sedih sangat pada waktu itu..tapi ape boleh buat,salahku sendiri..
           Ayah dulu selalu berkata kepadaku "adik,orang yang berpuasa ni banyak pahalanya tau..bulan ramadhan ni banyak pahala yang menanti..pahala yang berlipat ganda" selalunye aku akan mengangguk sebagai tanda setuju..selain itu ayah selalu mengingatkan aku dan adik beradik yang lain untuk khatam al-Quran dalam masa sebulan..Tetapi selalunye tiada seorang pun yang berjaya menghabiskan 30juzuk al-Quran dalam masa sebulan itu melainkan diri ayah sendiri..walaupun sedemikian kami tetap menghabiskan bacaan 30juzuk itu..Ayah juga tak pernah lupa mengajak isteri dan anak-anaknya untuk pergi ke masjid menunaikan solat tarawih..Tak ku nafikan,aku juga pernah menerima upah sebagai tanda aku berjaya berpuasa daripada mak,kakak dan abang-abangku..sungguh gembira ketika itu..
           Pada usia 7tahun puasaku penuh sebulan..Alhamdulillah,akhirnya aku mampu..Sekarang ni walaupun diriku belum mempunyai anak,tetapi aku mempunyai anak-anak saudara yang masih kecil berusia dalam lingkungan 9tahun dan kebawah..Pada merekalah aku mengajar berpuasa,pada merekalah aku mengajar hikmah berpuasa dan pada merekala juga aku menyuruh agar menjaga perlakuan supaya puasa terjaga..Alhamdulillah,mereka semua mendengar kata...
           Akhir kata daripadaku insan kerdil lagi banyak kekurangan,didiklah anakmu,adikmu atau sesape sahaja pewaris kita agar menunaikan rukun islam yang ke-3 itu..semoga kita semua mendapat barakah daripada Allahu Rabbul Jalal...=)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DiaLaH ImaMku,MujaHidKu,Puteraku Yang Sangat KuhaRaPkan SaaT iNi..namun,Siapakah DiA??pErteMukaNlah aku DeNgannya YA RABB..



Aku sedang menanti dia.. Seorang lelaki yang akan bergelar suami.. Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH.. Seorang hambaNYA yang sentiasa berzikrullah.. Dia seorang lelaki yang tegas dan berani.. Dia tidak pernah takut untuk berkata benar..  
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri.. Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah.. Dia selalu menghiburkan aku.. Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran.. Dengan zikir-zikir munajat.. Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya.. Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi.. Dia menasihati ku supaya mengingati mati.. Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia.. Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa..   
Dia memang sentiasa kelihatan penat.. Matanya penat kerana membaca.. Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir.. Badannya letih kerana bermunajat di malam hari..  Dia sentiasa mengingati mati.. Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata.. Kita hambaNYA adalah pelakon.. Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti..  Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat.. Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam.. 
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa.. Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga..  Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan.. Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula.. Sejadah imannya yang terkoyak.. Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri..  Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya.. Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga.. 
 Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA.. Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya..  Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah s.a.w... Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya.. Kekasih sejatinya dan kekal abadi.. iaitu ALLAHURABBI..  Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga.. Dia ingin mengajak aku ke sana sekali.. Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta.. Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki..   
Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta..Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia..
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA.. Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia..  Siapakah dia..??? Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku.. Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.. Doaku, semoga dia tercipta untuk ku.. Semoga aku bertemu jodoh dengan dia.. Kerana.. Dialah pilihanku.. Bakal imamku dan anak-anakku.Insyaallah..semoga dipermudahkanNYA..aminn Ya Rabb..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Di Mana Letaknya IBU di HATimu..???tEpuK dAdA tAnYa sElerA..(renung~renungkanlah)

Add caption

-Bila seronok, aku cari.... pasanganku
 - Bila sedih, aku cari.... Mak...

- Bila berjaya, aku ceritakan pada.... pasanganku
- Bila gagal, aku ceritakan pada.... Mak...

- Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
- Bila berduka, aku peluk erat....Emakku...

- Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
- Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak...

- Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
- Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

- Selalu.. aku ingat pasanganku
- Selalu.... Mak ingat kat aku...

- Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
- Entah bila... aku nak talipon Mak...

- Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
- Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak...

- Renungkan:

- "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
- bolehkah kau kirim wang untuk Mak...?

- Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
- Berderai air mata jika kita mendengarnya........
- Tapi kalau Mak sudah tiada..........

- MAKKKKK... RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

- Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
- berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
- berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
- berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
- berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
- berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

- Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


Akhir kata SAYANGILAH IBUBAPA KITA, TANPA MEREKA KITA TIADA DIMUKA DUNIA INI......  DAN TANPA MEREKA, SIAPA LAH KITA..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS