RSS

.:. Sabarlah Wahai Hati .:.



Aku lahir ke atas dunia ini dengan izinMu...

Lahirku saat Nabi dan Rasul sudah tiada..

Para tabi' dan tabi'in juga telah meninggalkanku..

Zaman ku adalah zaman pemerintahan Islam tidak lagi berkuasa...

Aku terbit di tengah masyarakat Islam...

Namun Islam tiada lagi dalam hati dan hidup mereka...

Namun, aku bersyukur kerana masih ada lagi yang mahu melihat Islam bersinar semula...

Aku kuatkan azam untuk menyertai mereka...

Cuba sedaya upaya menggerakkan generasiku yang telah lumpuh ini...

Generasi seusiaku yang sakit....

Lalai dengan hiburan dan asyik memuaskan nafsu....

Sibuk dengan cinta yang penuh noda....

Aku takut aku lemah untuk membimbing mereka kerana aku juga tidak sempurna....

Namun aku sedar bahawa tugas besar ini adalah wajib dan tidak memerlukan insan sempurna..

Kerana tiada manusia yang terlepas dari dosa...

Dan tugasku adalah berusaha...

Gagal, jatuh, dicela, tak diterima itu perkara biasa..

Aku terus berdoa agar ditetapkan hati...

Bukan nilaian harta yang aku cari...

Bukan juga kerana nama ingin dikenal sebagai insan yang baik dan mulia...

Cukupla REDHA-MU sebagai harga...

Bantulah hamba Mu ini...

Sedarkanlah semula aku dan generasiku Ya Rabb...

Bangunkanlah semula umat ini....

Aku yakin Islam pasti akan kembali dan aku tidak akan berhenti..

~ Marilah sahabat2 kita menTARBIYAHkan DIRI kita....dan juga menTARBIYAHkan SAUDARA2 disekeliling kita ~



" Katakanlah inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan yakin, Maha Suci Allah dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik "

Surah Yusuf : ayat 108


^_^ PEACE ^_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS