RSS

.::R.I.N.D.U::..





Rindu...


hari ini,rindu itu menyapa buat kesekian kali
semakin kuusir pergi dari diri ini
semakin dekat di dalam hati
malah hatiku dengan rindu itu terlalu sebati
sungguh,tiada daya untuk aku menghalau ia pergi lagi...


ketika rindu itu datang tadi 
aku hanya mampu berdoa pada Illahi
agar hatiku mampu diubati
kerana penyakit rindu yang boleh melalaikan diri
semoga rinduku pada dia tidak melebihi rinduku pada RABBI..


terkadang,bila rindu berlabuh
sengaja aku menyibukkan diriku
kononnya ingin membuang perasaan itu jauh-jauh
kerana rindu,hati memberontak ingin bertemu
namun apakan dayaku..
Allah menjarakkan kita tentu dengan hikmah
maka bertahanlah hati melawan rindu itu..


Rindu datang silih berganti
sekejap dia hadir,tak lama kemudian dia pergi
semua itu ujian Illahi
tanda menguji keimanan diri..


tidak kusalahkan rindu yang datang tanpa dipelawa
kerana tiada siapa yang mampu menduga..
kuanggap ia sebagai pengorbanan sementara
andai jodoh ditakdirkan bersama
pasti bersatu atas kehendakNYA
bukan di alam maya,tapi di alam nyata..


Allah,andai rinduku ini melalaikan,
bantulah aku untuk melupainya
andai KAU membenarkan aku merinduinya
janganlah kau biarkan rindu ini berlebihan 
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya padaMU ya Allah...








p/s :takda manusia yang lepas dari perasaan rindu(eh,yeke)..
      tak kesahla..yang penting hati aku memang   
      merindukan seseorang...jauh dimata xpe..insyaAllah dekat 
      dihati..(ayat diatas cuma luahan hati..bukan puisi ke ape ke.
     .BM aku xdela bgs mne..xreti aku nak berpuisi bagai =P )

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..::Menyambut kepulangan::..

Assalamualaikum..


Firstly,salam jumuaah mubarakah..selawat dan salam atas Rasul junjungan,Muhammad s.a.w..mudah-mudahan hari ini Allah menurunkan rahmat yang ke atas kita semua..Allahumma amin :)


sebenarnya dari hari tu aku nak update blog tapi tak update2 pun..aku pun tak tau apa yang busy sangat..hehe..nak dijadikan cerita,jumaat lepas aku ngan parents aku pergi perak..pergi bukan suka-suka..kami pergi nak menyambut kepulangan abang aku yang baru balik dari operasi di perairan tengah lautan ADEN yang terletak di lautan hindi,antara selatan yaman dan somalia di afrika(sebelum ni aku ingat dia pi somalia beperang..rupanya pi tempat lain..ni pun aku tau setelah aku baca sijil penganugerahan dia tu..ehehee.. =D)


hari sabtu,pagi-pagi lagi dah keluar..semangat betul..lebih-lebih lagi kakak ipar aku ngan anak dia yang no.2,Aiman..mungkin tak sabar menanti zauj(suami) dan abi(bapa) yang dah lama tak jumpa.. :) sangat mengharukan..tapi best!dapat jalan kaki dari parking sampai jeti sambil diberi penghormatan oleh askar-askar kat sana..haha..nasib baik tak ada yang pengsan..oh ya,tak lupa kegembiraan terpancar pada muka kedua orang tuaku..anak kesayangan akhirnya selamat pulang ke tanah air..Alhamdulillah..semua ni berkat doa mereka..


apelah yang mak tgh fikirkan tu :)

dengan iringan muzik pasukan khas pancaragam,para mujahid yang baru balik dari operasi termasuk abang aku akhirnya turun dari kapal..penghormatan dibuat oleh laksamana mereka..sebenarnya yang paling menarik minat aku untuk tengok,orang yang conduct pancaragam tu..relax je dia dok mengarah,hayun-hayunkan kayu tu..tangan kat murid dia,kepala dok pusing kanan,pusing kiri..serius..kagum betul aku dengan kerja dia..hehehe..


selesai penganugerahan sijil,tejadilah babak "jejak kasih" anak beranak..kemain meleret senyuman kakak ipar ngan bapak aku...senyum sampai telinga...bahagia agaknya..mak aku je yang nampak cool..padahal dalam hatinya mungkin tak henti-henti panjatkan rasa syukur pada Allah atas keselamatan anaknya..begitulah rutin mak setiap kali melihat anak-anaknya..mak,kenduri kesyukuran jangan lupa..ekekeke..i love u mak!tiba-tiba anak buah aku c aiman yang kakinya sakit kena kaca,tiba-tiba elok pulak..daripada jalan henjut sana,henjut sini,terus jalan seperti biasa...luar biasa penawarnya..bahkan penawarnya cuma terlerai kerinduannya pada seorang bapa..


habis je "jejak kasih" kami dijamu dengan makanan..selesai makan,abang aku bawak kami naik atas kapal..aku yang paling jakun aku rasa..maklumlah memang jakun..hahah..ye,ni 1st time aku naik kapal laut..tiba-tiba aku rasa macam nak tukar profession la pulak..tapi memang tak layak la kan..huhu...bila la dapat peluang tu lagi..dan tiba-tiba aku teringat soalan kawan aku satu ketika dulu.."kalau ada askar nak kat kau(tak kira la navy ka,darat ka udara ka),kau nak tak?"..huhu..tak tau,tak tau..kalau boleh aku nak cikgu(tetiba)..aku tak setabah,sesabar dan sekuat kakak ipar aku yang selalu ditinggalkan oleh abang aku..wanita hebat!para isteri navy semua hebat!hee..tapi,kalau dah jodoh nak wat cam mana?ekekeke =D


ok la..dah tak da apa yang nak diceritakan..setakat nak cerita aku jumpa kawan sebilik abang aku yang sorang tu pilot dan sorang lagi navy tu,aku rasa tak payah kot..macam tak ada kena mengena je..hehehe...kat bawah ni gambar kenangan yang sempat diambil semasa majlis tu... =)






kawad nak gi terima sijil


selepas terima sijil



terpancar kegembiraan kakak ipar aku melalui senyuman dia =)



aku,parents,abang ngan anak2nya =)




di depan kapal no5..namanya bunga emas kalau tak silap






aku di atas kapal...waaa...best!





haaa..ni la aiman yang tiba-tiba sembuh after jumpa bapak dia =P










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..::Sahaja Aku MencintaiMU::..


Assalamualaikum..

Jam da menunjukkan pukul 5 lebih..(tym post da nak kul 6 da pon..huhu) tak tahu la kenapa susah sangat aku nak tido hari ni.sebenarnya dah tidur kejap tadi tapi terjaga sebab ada masalah pengaliran hidung yang kurang baik hari ni..
takpelah,dah nak masuk subuh da pun..
alang-alang kan..
sambil-sambil tu sempat la update blog..

Dalam jaga aku mengimbau kenangan-kenangan lalu..
indahh..
aku tersenyum sorang-sorang..
dari zaman kanak-kanak,ke zaman remaja sampailah sekarang da awal dewasa..
eh,yeke??macam tak nak mengaku rasanya..
tapi harus terima hakikat
harus ke?wajib lah!
tak lama lagi da nak masuk 22tahun..
cepatnya masa berlalu..

sejak tadi aku tak tidur ditemani satu lagu ni
berulang-ulang kali aku dengar..
tajuk lagu ni sahaja aku mencintai-MU
Lagu yang dinyanyikan oleh ustaz amal dan kumpulan du'a
sengaja aku letak tajuk lagu ni jadi tajuk entri aku kali ni
sebab ni antara lagu fevret aku.. =)
Maybe ramai yang tak kenal dengan kumpulan ni tapi cuba dengar lagu dia ni
InsyaAllah bermanfaat..

Ni aku sertakan video ngan lirik sekali..
pakat-pakat la dengar..
memang terbaek bak kata anak sedara aku.. =)





Ku cinta padaMU lebih dari segala-gala
mampukah ku pertahankan cita ini
dalam mengabdikan diri kepadaMU..
Andai ada kata yang lebih baik dari ucapan tarima kasih
pastikan kan ku ucap setulus hati 
tanda cintaku padaMU..

Lailahaillallah..Allahu Rabbi
Lailahaillallah..Allahu Akhbar

Andai ada hadiah yang lebih baik dari melodi syukurku
semestinya ku persembahkan padaMU
tanda cintaku padaMU..

Hasbi Rabbi Jallallah
Ma fi Qalbi Ghairullah
Nur Muhammad Sallallah..

Setiap hela nafas 
setiap gerak tangan
setiap degup jantung
setiap derap kaki
takkan pernah bermakna tanpa CINTA-MU..
ya Allah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..::Jangan Bersedih..Jodohmu Pasti Ada::..

"Segala sesuatu aku(Allah) ciptakan berpasang-pasangan"


Janganlah kau merasa sedih andai cintamu bertepuk sebelah tangan
janganlah rasa hampa atau kecewa andai orang kau kau cintai tidak mencintaimu
Hapus kesedihan itu pergi dari dalam dirimu..


Tidak salah mencintai seseorang kerana cinta itu fitrah
tidak salah juga kau memilih seseorang yang terbaik buat dirimu
kerana itu untuk masa depan yang terjamin kelak
Walau ramai yang mencemuh akan sikap seseorang yang "pemilih"


Hapuslah segala kesedihan itu..
ingatlah selalu yang Allah sudah tetapkan jodoh buat kita..


Janganlah bersedih andai dirimu masih belum berpunya sebaliknya bersyukurlah..
bersyukurlah kerana Allah masih sayang denganmu..
kenapa?kerana DIA mahu menjaga hatimu daripada disakiti kerana terluka akan cinta manusia..


Ingatlah,
Allah itu Maha Adil
Andai tiada jodohmu di dunia,
akan ada seseorang yang menunggumu di akhirat..
kerana Allah sudah aturkan setiap manusia itu ada pasangannya.. :)




p/s :Mungkin juga Allah memberimu peluang untuk bercinta selepas nikah
        yakni cinta itulah yang sangat digalakkan..cinta yang halal lagi suci :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..::kejamnya engkau!!::..




perasan tak sejak kebelakangan ni kat TV,kat radio,kat FB,kat Twitter,kat blog2 dan media massa yang lain kecoh cerita tentang revolusi di negara syiria kan..

mesti tertanya-tanya kenapa tetiba je aku post entri kali ni dengan tajuk kat atas tu kan?
sebabnya aku marah sangat-sangat..
siapa yang kejam sebenarnya?
yang kejam lagi zalim tu adalah Bashar Asad..
sape mamat tu??
dia tu anak kepada Hafez Asad..
nama dia sedap didengar kan?
tapi tau tak sapa tu?
sebenarnya dialah siKEJAM sejak rejim ini memerintah syiria.. 

manusia ini memang zalim..
dia berpolitik ala firaun seperti mencuri harta rakyat,memenjarakan rakyat mereka,
mereka membunuh para ulama',melakukan pembunuhan beramai-ramai,
mereka merogol dan mencabul kehormatan wanita,
dan yang aku paling tak boleh terima bila dia menindas orang tua dan membunuh kanak-kanak.
kanak-kanak yang tak berdosa menjadi mangsa si perosak negara yang tidak punya hati itu!.
anak kecil yang tidak tahu apa-apa akhirnya mati dek kerana tiada sifat keperimanusiaan si manusia durjana itu!!

lihatlah gambar anak kecil di bawah ini..dia tidak sepatutnya menjadi mangsa pada si zalim rejim Bashar itu!!dia manusia yang tidak punya hati perasaan!!
Anak kecil ini menjadi mangsa pisau sembelihan tentera bashar..
Innalillahi wainnailaihi roji'un..





sungguh,tidak dapat aku tahan air mataku melihatkan gambar anak kecil yang tidak berdosa ini..
sungguh,aku tidak boleh menatap wajah ini.
hati ku sedih melihat dia dalam keadaan begini..
hati siapa yang tidak sedih melihat anak seusia begini mati dibunuh dengan kejam?
ya,,memang aku belum mempunyai anak lagi.
tapi bagi manusia yang masih punya hati dan perasaan akan merasa simpati atas nasib anak kecil ini.


kalau diberi peluang,aku juga ingin menentang kezaliman itu.
aku juga ingin berjuang.
aku merindukan syahid.
aku ingin menjadi syuhada.
syuhada yang mati kerana mempertahankan agama Allah.
namun apa yang boleh aku lakukan,
aku hanya mampu berdoa.
aku hanya mampu menyuruh orang lain mendoakan keselamatan dan kesejahteraan 
saudara-saudara seislam yang berada di bumi sana..

Allah..Allahuakhbar..aku merayu padaMU..
selamatkanlah saudara-saudaraku di syiria..
bantulah para mujahid yang menentang kezaliman itu ya Allah..
hancurkan si zalim dan tentera-tenteranya itu!!



Hasbunallah wani'mal wakil


p/s :sedikit info aku tahu melalui wordpress (perkongsian revolusi syria oleh dr.Khaled Hasan Hindawi)
      walau apapun,sama-samalah kita mendoakan semoga Allah melindungi rakyat syiria,para mujahiddin        yang berjuang dan semoga Allah           
      menghancurkan rejim bashar itu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..::sebab2 beruntungnya dilahirkan sebagai wanita:..

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah 
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia 
bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa 
mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. 
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?
 Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, 
itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami : Seluruh kebaikan suaminya, 
semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syurga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri 
boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, 
segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah
 lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.
Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.


p/s :sumber ni diambil dari facebook 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..::KongSilaH ILmUmu::..

Assalamualaikum..


Entri baru kali ni sedikit formal(tapi xdala formal mana pun..ayat cincai jugak..macam rojak pasembuq) berkenaan dengan ilmu..


Ilmu tu penting pada setiap manusia..tak kira la sama ada ilmu dunia mahupun akhirat.
ilmu ni kita perlu cari walau di mana kita berada..


Bila kita mempunyai sedikit ilmu,tak yah la nak meninggi diri..macamla ilmu tu milik kita..ilmu tu milik 
yang KHALIQ..kalau boleh kongsilah ilmu yang baik,yang kita miliki walaupun sedikit..itu menjadi kewajipan kita..


Rasulullah pernah kata : "sampaikanlah dariku(yakni ilmu) walaupun hanya satu ayat"-HR Bukhari..                  


Masyarakat sangat menghormati dan memerlukan orang yang berilmu.Dengan ilmu masaraakat dapat dibangunkan dan sesebuah negara dapat ditegakkan.Tamadun yang hebat jugak bermula dari orang yang berilmu..


Dalam surah al-Mujadalah ayat 58 Allah berfirman "..nescaya Allah akan meninggikan orang yang beriman antaranya dan orang yang DIBERI ILMU PENGETAHUAN beberapa darjat"


Sebab ni lah islam sangat menghargai ilmu dan golongan ilmuan sesuai dengan firman Allah di atas..
Islam mewajibkan umatnya untuk menuntut ilmu kerana kedudukan ilmu ini sangat tinggi..


so,kita sebagai manusia kenalah bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu..bersungguh-sungguh ni boleh dikira jugak sebagai berjihad..untung kan?dengan ilmu kita boleh membentuk masyarakat ke arah yang lebih baik..InsyaAllah..


Rasulullah pernah pesan supaya umatnya tidak
kedekut untuk menyebarkan ilmu mereka ..Baginda berkata "orang yang kedekut ilmu yang jika ditanya mengenai sesuatu tapi dia menyembunyikannya maka pada hari kiamat mulutnya nanti akan diikat seperti kekangan di mulut kuda dengan kekangan daripada api neraka.."-HR Abu Daud dan At-Tirmizi


Nauzubillah..mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan itu..


Jadi ape lagi..Kongsilah ilmu yang berguna pada orang ramai..tak ada sedikit kerugian pun yang kita akan dapat..aku masih teringat pesan cikgu aku masa sekolah rendah lagi..cikgu kata "jangan kedekut ilmu..nanti tak berkat..kalau kita rajin kongsi ilmu yang kita ada pada kawan2,InsyaAllah ilmu kita semakin bertambah..malah semakin kuat ingatan kita pada ilmu yang kita ada tu"






p/s : sekadar mengingatkan..mana yang tak kedekut tu,baguslah..mana yang kedekut pulak
       bawak2lah berubah...semoga apa yang kita perolehi diberkati..Amin. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS