RSS

..::RAPUH::..



Hari demi hari berlalu
detik demi detik menghilang
masa sudah lama meninggalkan aku
namun aku leka sehingga terlupa masa belalu begitu sahaja
ya Allah,aku menyesal akan kelalaian itu..


sehingga kini perjalananku dipentas dunia sentiasa bersulamkan tangisan dan ketawa..
namun sudah lumrah dunia akan perkara itu
ku anggap tangisanku satu pengajaran,manakala ketawaku satu kesyukuran..
AllahuRabbi...


kadang-kadang hati ini rasa sayu
kadang-kadang duka menghimpit jiwa
aku sedar hatiku masih mencari-cari kasihMU
Allahu..Allahu..
hanya kepadaMU tempatku mengadu
aku insan lemah
penuh dengan dosa..
aku insan hina
hanya kepadaMU tempat aku meminta keampunan
ENGKAU lah sebaik-baik tempat meminta..




"meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMU
namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMU"




Allahu Rabbi..
maafkanlah aku 
maafkan hatiku bilamana ia tidak sempurna mencintaiMU
padahal aku sentiasa berharap hanya ENGKAUlah yang sentiasa ada dalam hatiku..


ya Rahman..
maafkanlah aku hambaMU yang sering terleka dengan drama dunia ini..
aku sentiasa berharap akan petunjukMU
berharap akan amaran-amaranMU
aku juga sentiasa berharap ENGKAU  sentiasa melindungi aku dari segala fitnah dan kejahatan..
kerana aku sedar imanku masih RAPUH..


Astaghfirullahal adzim..
kadang-kadang aku terlalu mengejar cinta manusia sehingga terlupa akan cinta kepadaMU..
hinanya aku ya Allah..

kadang-kadang aku terlalu fikirkan dunia sehingga lupa akan akhiratMu yang kekal abadi  
begitu alpanya aku ya Allah sehingga sanggup memberi hatiku pada benda yang tidak kekal..
terimalah maafku yaAllah
hanya denganMU aku tenang...




akan ku pimpin hatiku mencari redhaMU..




"maafkanlah,bila hati tak sempurna mencintaiMU
dalam dada ku harap hanya diriMU yang bertakhta"




Allahu..Allahu..
kan ku sentiasa mengejar cintaMU
izinkan aku memiliki cintaMU yang abadi itu..
biarlah aku mati nanti dalam iman.. +_+




"detik waktu terus berlalu..
semua berakhir padaMU.."












p/s : semoga Allah sentiasa memimpin hatiku,memberi taufiq dan hidayah padaku agar aku terus-terusan mencintaiNYA
Allahumma amin...
 (sedikit petikan diambil dari lirik lagu rapuh nyanyian opick..yg len tu men taram sendiri  =P )



















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

insan_marhaen said...

kita hanya pelakon di pentas dunia...

Post a Comment